Wuling Hongguang Mini EV dikesan di Filipina

oleh Mohamad Hanif|
Negara jiran Filipina nampaknya bakal menerima kehadiran Wuling Hongguang Mini EV tidak lama lagi berdasarkan kelibat model tersebut yang sedang diuji di atas jalan raya sekitar Merville, Paranaque.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada AutoIndustriya, terdapat beberapa unit Wuling Hongguang Mini EV yang dikesan berada di negara tersebut, difahamkan sedang berada dalam fasa pengujian sebelum dibenarkan dijual secara rasmi.

Di China, Wuling Hongguang Mini EV merupakan antara kereta elektrik yang termurah, dengan harga sekitar RMB28,800 (RM18,526) sehingga RMB38,800 (RM24,959).

 


Dilancarkan pada tahun lalu, kereta elektrik mikro ini merupakan produk kerjasama SAIC-GM-Wuling, dan hanya selepas sembilan bulan sebanyak 270,000 unit telah pun berjaya dijual dengan sasaran jualan 1.2 juta menjelang tahun hadapan.

Dari segi spesifikasi, Wuling Hongguang Mini EV ini mempunyai motor elektrik tunggal yang menghasilkan 17 PS dan 85 Nm dengan kelajuan tertinggi dihadkan kepada 100 km/j sahaja.

Pek bateri pula sememangnnya kecil, 9.2 kWh yang membenarkan jarak operasi sejauh 120 km, atau pek bateri 13.8 kWh yang mampu membenarkan pergerakan sehingga 170 km.

 


Walaupun ia dipasarkan sebagai sebuah EV yang serba asas, Hong Guang MINI EV turut dilengkapi dengan sistem pengurusan bateri pintar, teknologi pra-pemanasan pada suhu rendah, insulasi bateri, dan menerima penarafan kalis air dan debu IP68.

Di Filipina, ramai pengguna yang sukar untuk menerima kehadiran EV disebabkan harga jualan yang masih lagi mahal.

 


Seperti contoh, Nissan LEAF dijual pada harga PHP 2,798,000 (RM239,293 mengikut kadar pertukaran mata wang semasa) disebabkan model ini masih lagi tertakluk kepada cukai import 30 peratus walaupun sudah dikecualikan daripada cukai eksais.

Selain daripada itu, masalah kekurangan fasiliti pengecasan masih lagi menghantui sesetengah pengguna untuk terus bertukar kepada EV.

Adakah model ini sesuai untuk dijadikan sebagai 'batu loncatan' bagi menarik minat umum terhadap EV?

Sumber: AutoIndustriya

Berita Berkenaan

Berita Global
Salah satu daripadanya adalah model Wuling Hongguang Mini EV - sebuah hatchback tiga pintu yang…