WTCA perlihat dua model baharu - GAC Emkoo dan EV AION Y Plus

oleh Mohamad Hanif|
Serentak dengan pembukaan tempahan bagi model GAC GS3 Emzoom, WTCA turut memperlihatkan dua buah model yang dirancang untuk pasaran Malaysia, iaitu GAC Emkoo dan GAC AION Y PLUS.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

GAC EMKOO merupakan model SUV dalam segmen C yang turut dikenali dengan nama Trumpchi Emkoo di pasaran China.
 

GAC


Mengikut spesifikasi asal, GAC Emkoo boleh didapati dengan penawaran enjin 1.5 liter turbo (179 PS), enjin 2.0 liter turbo (255 PS) atau nadi hibrid 2.0 liter yang dipadankan dengan motor elektrik tunggal (140 PS).

Ia membawakan ciri seperti jeriji Borderless V-Shape, lampu LED 'Eyes of Revelation', lampu belakang ala boomerang, garis badan yang tajam, serta tidak ketinggalan skrin kluster digital penuh separa terapung pada ruang kabin yang dikuasakan oleh cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 8155.
 

GAC


Sementara GAC Aion Y Plus pula merupakan sebuah SUV berkuasa elektrik yang bakal dilancarkan dalam separuh pertama tahun ini.

Dibangun menggunakan pelantar GAC AION Electric Platform (AEP2.0), Aion Y Plus menampilkan teknologi Magazine Battery Safety yang menjanjikan penggunaan yang lebih selamat tanpa sebarang insiden kebakaran atau letupan.
 

GAC


Trenkuasa motor elektrik 201 hp dan 225 Nm yang dipadankan dengan pek bateri 63.2 kWh membolehkan Aion Y Plus ini bergerak sejauh 490 km untuk sekali cas penuh (data NEDC).

Aion Y Plus menampilkan rekaan lampu utama Angel's Wing dengan tujuh bar lampu melintang, bar lampu LED melintang penuh di bahagian belakang, serta rekaan bumbung terapung.
 

GAC


Ruang kabin Aion Y Plus menampilkan ciri istimewa, di mana tempat duduk hadapan boleh dibaringkan rata untuk mencipta ruang rehat yang lebih luas, serta ruang kaki penumpang belakang sebesar 1,022 mm.

Dengan termeterainya perjanjian pengedaran yang dibuat pada Januari 2024, WTCA kini secara rasmi menjadi pengedar dan penjual tunggal kenderaan elektrik berjenama GAC AION di pasaran Malaysia.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
GAC GS3 Emzoom merupakan SUV segmen B generasi kedua  yang boleh didapati dalam dua varian utama,…
Berita Domestik
Berdasarkan hantaran di laman Facebook MyEVOC oleh Faisal Hussamuddin, sedan elektrik itu dilihat…
Berita Domestik
Pihak WTCA akan melabur sejumlah wang melebihi RM60 juta yang merangkumi pemasangan model serba…