WTC Automotif umum program CKD GAC GS3 generasi baru

oleh Mohamad Hanif|
WTC Automotif (M) Sdn Bhd baru-baru ini mengumumkan projek pemasangan tempatan (CKD) menerusi kerjasama dengan Guangzhou Automobile Group (GAC).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Pihak WTCA akan melabur sejumlah wang melebihi RM60 juta yang merangkumi pemasangan model serba baharu GAC GS3 serta mengembangkan kehadiran jenama tersebut di seluruh negara. 

Kolaborasi CKD antara WTCA dan GAC ini merupakan pencapaian signifikan bagi industri automotif Malaysia memandangkan ini merupakan projek CKD pertama untuk rantau ASEAN. 

Projek CKD itu diumumkan 18 bulan selepas WTCA dan GAC International menandatangani perjanjian pengedaran di mana WTCA dilantik sebagai pengedar eksklusif kenderaan berjenama GAC di Malaysia. 
 

Gac


Sebahagian besar daripada pelaburan bernilai RM60 juta itu akan digunakan untuk menaiktaraf fasiliti Tan Chong di Segambut bagi memenuhi keperluan standard yang ditetapkan oleh GAC. 

Selain itu, WTCA juga akan mendirikan lebih daripada 70 buah pusat pameran, dimulakan dengan pembukaan pusat pameran GAC Motor Malaysia yang pertama di Seksyen 13, Petaling Jaya yang dijangka siap menjelang suku ketiga tahun ini. 
 

Gac


Model yang akan dipasang di kilang Segambut merupakan model generasi baharu GAC GS3 yang dijana oleh enjin 1.5 liter turbo Direct Injection yang mampu menghasilkan 174 hp dan daya kilas 270 Nm @ 1,400-4,500 rpm, dipadankan dengan transmisi WDCT tujuh nisbah kelajuan. 

Model generasi baharu itu juga didatangkan dengan sistem bantuan pemandu termaju Tahap 2 (SAE Level 2) dan dijangka mula dipasang secara rasmi April tahun depan (2024).

Projek CKD ini merupakan sebahagian daripada pelan jangka panjang antara GAC Motor dan Kumpulan Tan Chong untuk rantau ASEAN. 
 

Gsc


Dalam tempoh lima tahun akan datang, WTCA akan memperkenalkan barisan model-model versi pemanduan sebelah kanan GAC Motor termasuklah SUV, sedan dan MPV. 

Dalam acara yang sama, WTCA telah mengadakan upacara penyerahan armada 25 unit pertama GAC GS3 SUV kepada syarikat Mayflower Car Rental Sdn Bhd daripada 50 unit yang dijanjikan. 

Mayflower dalam masa yang sama turut memperkenalkan program pajakan kenderaan All-New Adventure GAC Motor GS3 bagi memenuhi keperluan pasaran yang pelbagai. 

Baca: GAC GS3 2023

Berita Berkenaan

Berita Domestik
GAC EMKOO merupakan model SUV dalam segmen C yang turut dikenali dengan nama Trumpchi Emkoo di…
Berita Domestik
GAC GS3 Emzoom merupakan SUV segmen B generasi kedua  yang boleh didapati dalam dua varian utama,…
Berita Domestik
Berdasarkan hantaran di laman Facebook MyEVOC oleh Faisal Hussamuddin, sedan elektrik itu dilihat…