WSBK Kawasaki Racing Team: Tom Sykes keluar, Leon Haslam masuk!

oleh Mohamad Hanif|
Pelumba pasukan Kawasaki Racing Team (KRT) Tom Sykes mengumumkan akan meninggalkan pasukan WSBK Kawaski dijangka pada hujung musim ini.
Modenas

Beliau yang menyertai pasukan tersebut pada 2010 dan sepanjang penyertaannya, beliau banyak membantu pasukan Kawasaki memperbaiki kedudukan di dalam WSBK, serta meraih kedudukan teratas pada tahun 2013. 


Menurut Tom yang kurang menyenangi jentera ZX-10RR pasukan tersebut, berkata telah tiba masanya untuk beliau meninggalkan pasukan Kawasaki dan mencari cabaran yang baharu di dalam karier beliau. 

Tom Sykes berkemungkinan besar akan kembali kepada pasukan Yamaha, tempat asal beliau membuat debut sepenuh masa di dalam kejuaraan WSBK, dan terdapat desas-desus menyatakan tempat beliau bakal diisi oleh Leon Haslam. 

 


Pelumba daripada British itu dikatakan akan menyertai Jonathan Rea di dalam KRT sebagai pelumba utama pasukan tersebut pada kejuaraan WSBK 2019.

Leon yang kini sedang mendahului Kejuaraan British Superbike menerusi pasukan JG Speedfit Kawasaki, beliau akan berlumba di samping Jonathan Rea dan Kazuma Watanabe minggu hadapan bagi bersaing di dalam perlumbaan 41st Coca-cola Suzuka 8-hour. 
 

Sumber: Road Racing World, Motorsports.com

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, usah risau kerana Kawasaki Indonesia dikatakan akan memulakan proses tempahan pada tarikh…
Berita Global
Ya, kami tidak maksudkan senarai muzium yang amat panjang di sana, akan tetapi sebuah muzium (baca:…
Pelancaran Motosikal
Dari segi pandang pertama, Yamaha R1 generasi baharu tidak banyak membawakan perbezaan, nampak sama…