WRC perkenal regulasi trenkuasa hibrid - enjin 1.6 liter turbo + motor elektrik 134 hp/180 Nm!

oleh Mohamad Hanif|
Perubahan regulasi World Rally Championship untuk musim perlumbaan 2022 bakal menyaksikan bermulanya era baharu penggunaan trenkuasa hibrid untuk jentera-jentera rali.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Trenkuasa hibrid yang diperkatakan itu bakal menampilkan gandingan enjin empat silinder sebaris 1.6 liter turbo dengan suntikan terus dan motor elektrik 134 kuasa kuda dan daya kilas 180 Nm.

Perubahan kepada trenkuasa hibrid itu diumumkan pertama kali pada tahun 2019 dan telah pun mendapat lampu hijau daripada World Motor Sport Council.

Menurut Pengarah Urusan WRC Promoter Jona Siebel dalam satu kenyataan, "adalah tidak keterlaluan untuk kami katakan pengenalan teknologi hibrid yang mampan untuk WRC ini merupakan satu pencapaian terbesar di dalam sejarah sukan itu sendiri dan ia sangat bersesuaian dengan sambutan ulang tahun yang ke-50 tidak lama lagi.

Tatkala Toyota dan M-Sport Ford masih lagi belum memutuskan model manakah yang bakal digunakan untuk kejuaraan musim 2022, Hyundai telah mengesahkan mereka akan menampilkan jentera yang menggunakan asas daripada model jalanan i20 N.

Sumber: Carscoops

Berita Berkenaan

Berita Global
Setiap satu dijual pada harga bermula dari €42,490 (RM216,333).   Toyota GR Yaris WRC boleh…
Sukan Bermotor
Pengeluar yang sinonim dengan enjin boxer itu menarik diri daripada WRC pada tahun 2008 atas alasan…
Sukan Bermotor
Subaru Motorsports USA baru-baru ini memperlihatkan jentera ampuh yang bakal digunakan untuk musim…