WMoto WM110 2021 versi facelift dilancarkan - harga dari RM3,788

oleh Mohamad Hanif|
Wmoto baru-baru ini melancarkan secara rasmi moped ekonomi WM110 2021 versi facelift, di mana ia didatangkan dengan warna dan grafik baharu di samping mengekalkan spesifikasi asal.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Warna yang ditawarkan untuk versi kemaskini ini adalah warna merah, biru serta hitam dengan rekaan grafik yang diperbaharui.
 

WM110


Dari segi kuasa, WM110 menggunakan enjin 109 cc yang mampu menghasilkan 7.1 hp @ 8,000 rpm dan daya kilas 7.2 Nm @ 6,000 rpm.

Aspek tunggangan dibantu dengan penggunakan suspensi KYB, sistem brek cakera pada roda hadapan serta kapasiti tangki sebesar 4 liter.
 

Wmoto


Secara purata, WM110 mampu menawarkan penggunaan bahan api sejauh 55 km untuk setiap liter pada kelajuan tunggangan 80-90 km/j.

Wmoto WM110 kini boleh didapati di mana-mana pengedar sah MForce dengan harga jualan bermula dari RM3,788, serta jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000 km (yang mana tiba dahulu).

 

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Perincian mengenai kuasa enjin SM125i ini, ia didatangkan dengan sesaran enjin 123.7cc , silinder…
Pelancaran Motosikal
Perincian mengenai kuasa enjin, model RT1 didatangkan dengan sesaran enjin 149.3, silinder tunggal…
Berita Domestik
Kali ini, gambaran yang lebih jelas supermoped tersebut dikongsikan oleh salah seorang pengguna…