WMoto SX2-300 dibekalkan dengan enjin silinder tunggal 292.4 cc yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 28 hp @ 9,000 rpm dan daya kilas 25 Nm @ 6,500 rpm, dipadankan dengan transmisi enam nisbah kelajuan.
Aspek pengendalian terdiri daripada fork hadapan jenis terbalik, diikuti dengan penyerap hentak tunggal di bahagian belakang, sementara sistem brek pula dibantu dengan ciri ABS dua saluran yang boleh dinyahaktifkan.

Antara ciri yang dimuatkan termasuklah unit pencahayaan LED penuh depan dan belakang, rim sebesar 19 inci dan 17 inci di bahagian belakang, serta penghadang tangan bagi menepis kotoran atau bendasing.
Ketinggian pelana pula adalah sekitar 900 mm sementara kapasiti tangki bahan api pula adalah sebesar 11 liter.
Menurut Ketua Pegawai Operasi MForce, Asri Ahmad berkata, sebelum model ini dijual, MForce telah membekalkan sejumlah unit WMoto SX2-300 kepada Angkata Tentera Diraja Malaysia untuk kegunaan OPS Benteng.

Boleh didapati dalam tiga pilihan warna (merah, hitam atau putih), WMoto SX2-300 dijual pada harga bermula dari RM18,888.00 tidak termasuk insurans dan cukai jalan.
Setiap pembelian didatangkan dengan jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perbatuan 20,000 km (yang mana tiba dahulu).