WMOTO BAKAL JADI SAINGAN BAHARU SUPERMOPED PASARAN TEMPATAN

oleh Firdaus Razani|
Beberapa hari lalu, tular di media sosial ‘spyshot’ menunjukkan sebuah motosikal supermoped baharu yang sedang menjalani ujian jalan raya di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Kali ini, gambaran yang lebih jelas supermoped tersebut dikongsikan oleh salah seorang pengguna laman media sosial Facebook, Najwa Syafiqah yang berkongsi beberapa foto imej motosikal tersebut yang berada di sebuah stesyen minyak di Gopeng, Perak ketika itu.

 

WMOTO

 

Melalui foto imej itu, ekzos motosikal tersebut jelas memaparkan tulisan WMOTO, ini menguatkan lagi dakwaan bahawa model supermoped terbaru itu adalah dari WMOTO dengan terdapat beberapa ciri-ciri yang ditawarkan pada model akan datang ini.

Antara ciri-ciri yang jelas terpapar melalui imej tersebut adalah lampu utama jenis projektor yang berada di fairing hadapan dan lampu nyalaan siang (DRL) di bahagian panel kepala motosikal tersebut.

 

WMOTO

 

Jika dilihat dari gambaran tersebut, ia seperti semua sistem lampu menggunakan jenis LED termasuk lampu brek belakang yang menampilkan rekaan huruf ’T’.

 

WMOTO

 

Pada panel meter pula, ia adalah jenis digital penuh yang berwarna dan jelas menunjukkan beberapa indikator seperti lampu enjin, lampu Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan gear N (neutral), odometer, meter RPM, suhu enjin, bar petrol, jam, voltan bateri serta dua butang hitam untuk mengubah tetapan paparan panel meter tersebut.

 

WMOTO

 

Selain itu, ciri lain motosikal ini adalah didatangkan dengan fork teleskopik konvensional di depan, dan monoshock di belakang serta rim aloi paten bintang berwarna hitam.

Manakala untuk sistem brek didatangkan brek cakera tunggal pada kedua-dua roda, dengan kaliper dwi-piston di depan,  kaliper piston tunggal (belakang) berserta ABS dua saluran.

 

WMOTO

 

Dengan kehadiran motosikal WMOTO yang akan datang di pasaran tempatan, ia akan menambahkan lagi saingan dengan supermoped yang lain seperti Yamaha Y15ZR,Y16, Honda RS150R, RS-X dan lain lagi.

 

SUMBER : PanduLaju

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Perincian mengenai kuasa enjin SM125i ini, ia didatangkan dengan sesaran enjin 123.7cc , silinder…
Pelancaran Motosikal
Perincian mengenai kuasa enjin, model RT1 didatangkan dengan sesaran enjin 149.3, silinder tunggal…
Pelancaran Motosikal
WMoto Gemma 125 dikuasakan oleh enjin 117.3 cc, enjin tersebut menggunakan roller rocker 13…