WMoto bakal bawa masuk skuter Xtreme 250cc tahun depan

oleh Mohamad Hanif|
Selepas pelancaran model skuter Xtreme 150i pada bulan lalu, WMoto menjangkakan kehadiran skuter terbaharu Xtreme dengan sesaran yang lebih besar pada tahun hadapan (2022).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut WMoto, skuter Xtreme 250 cc itu kini sedang menjalani ujian ketahanan di atas jalan raya Malaysia untuk mendapatkan kelulusan Vehicle Type Approval (VTA) daripada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Difahamkan, skuter yang sesuai untuk golongan pemegang lesen B2 ini bakal membawakan elemen rekaan yang hampir sama seperti model 150 cc, namun dengan spesifikasi yang jauh lebih tinggi dan lengkap.

Skuter Xtreme 150i yang dilancarkan sebelum ini dijual pada harga RM9,588 dan mendapat sambutan yang cukup menggalakkan.

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Avenis dinadikan oleh enjin SOHC SEP 125cc empat lejang dengan sistem penyejukan udara yang…
Berita Global
Mereka yang mempunyai lesen memandu di Jepun juga memang sudah secara automatik dibenarkan untuk…
Berita Domestik
Acara Honda Skuterama Edisi 2 menjanjikan pelbagai aktiviti menarik termasuklah jualan barangan,…