Wira Masjid Tanah: Luar standard bernadi 1.8L SOHC

oleh HEZERI SAMSURI|
Proton Wira adalah antara model paling popular untuk jenama tersebut.

Ia dijual dari tahun 1993 sehingga tahun 2009 - 16 tahun dan dalam 16 tahun itu, kita boleh melihat penurunan kualiti model tersebut.

Namun begitu, bagi pemilik-pemiliknya, Wira menjanjikan peluang modifikasi yang tidak terhingga kerana ia menggunakan paltform Mitsubishi Lancer.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kerana itu, segala komponen dari Lancer itu sudah boleh digunakan untuk Wira, Satria, Putra dan Arena.

Sayangnya tidak ramai yang mahu membuat modifikasi secara teliti kerana ia memang memakan masa dan belanja yang besar. 

 

 

Tidak pada Mohd Khairil Fitri Md Ros dari Masjid Tanah, Melaka.

Bertugas sebagai seorang mekanik, pemuda berusia 25 tahun ini memang memberikan sepenuh fokus kepada Wira biru milik beliau ini agar ia lain dari yang lain.

Dari luar, ia masih nampak jelas sebuah Proton Wira tetapi bahagian kabin dan di ruang enjin, transformasi hebat telah dilakukan.

 

 

Enjin 1.5L lama digantikan dengan enjin 4G93 1.8L SOHC, sesuatu yang memang sering dilakukan ramai.

Tetapi Khairil mahukan sesuatu yang lebih dari sekadar menukar enjin, dan kerana itu kesemua komponen enjin 1.8L itu diubah dan diganti dengan komponen-komponen yang lebih baik.

 

 

Di bawah ialah nota dari beliau sendiri.

• Piston 81mm standard
• Cam matspeed 288
• Intake skunk2, throttle body Evo
• Aerospeed fuel regulator 
• Emanage

  • Fuel pump/injector/fuel rail/regulator 240 , aerospeed regulator
  • Kabel plug/koil/ECU ecu rechip+ emanage blue
  • Lain-lain
  • Transmisi Mirage 1.8 final 4.6 klac 8.5 std
  • Ekzos HKS super silence 
  • Suspension mines
  • Brek dari Lancer Evo 3
  • Rim TE37 thai
  • Tayar Bridgestone Potenza RE003
  • Bahagian luar standard tetapi hud fiber ala Evo 5,lips Mirage, side skirt Lancer GSR, Granador copy-ori,
  • Part dalam Evo 3, tempat duduk Evo3, papan pemuka Evo3, panel pendingin hawa dari Lancer MT, meter Mivec, steering Momo RalliArt.

 

 

Wira tahun 2002 ini dibeli oleh Khairil untuk menggantikan kereta projek lamanya, Toyota Corolla SE Limited.

Untuk Wira ini, Khairil mendakwa ia mampu menjana 156 hp dan setakat ini beliau berpuas hati dengan modifikasi yang menelan belanja dalam lingkungan RM8,000.

Kenderaan impian beliau? Apa lagi jika bukan Evo 9!

 

* Gambar dan informasi dari Shah Adam Photography

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju ke…
Berita Domestik
"Selepas mencatat rekod jualan baharu pada 2023, jumlah volum industri (TIV) bagi pasaran automotif…
Berita Domestik
PROTON telah menyumbangkan koleksi bahan bacaan kepada SMK Proton City di Tanjong Malim dan…