Wiper getah atau silikon - mana patut anda guna?

oleh Mohamad Hanif|
Sama seperti manusia, kereta juga memerlukan produk penjagaan yang bersesuaian, dan tahukah anda, salah satu produk penjagaan tersebut sebenarnya termasuklah komponen penyeka kaca!
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Penyeka kaca, atau orang lebih gemar sebut sebagai wiper yang ada di pasaran terdiri daripada dua jenis yang berbeza, iaitu getah atau silikon.

Penggunaan bahan silikon pada penyeka kaca sudah meluas, namun tidak bermakna ia jauh lebih baik berbanding penyeka kaca jenis getah.
 

Hella


Tugasnya masih sama - untuk memastikan cermin depan kekal bersih, namun seberapa bersihkah cermin anda terutama pada saat-saat genting seperti hujan lebat?

Antara kelebihan yang ada pada penyeka kaca jenis getah adalah penggunaan bahan yang lebih lembut mengikut spesifikasi asal kilang, melekap dengan baik dan paling penting tidak meninggalkan kesan sisa silikon pada permukaan cermin itu sendiri.

Sisa-sisa silikon yang biasa ditinggalkan oleh penyeka kaca jenis silikon akan menyebabkan sapuan yang tidak lancar, dan anda mungkin akan berasa sakit jiwa dengan bunyi geseran yang terhasil.
 

Hella


Untuk mereka yang mahu mencari produk bersesuaian dengan kebanyakan kereta yang ada di Malaysia, boleh cuba sendiri penawaran produk penyeka kaca oleh Hella.

Di Malaysia, Hella menawarkan produk penyeka kaca seperti berikut:

Cleantech 2.0
-rangka Flat Blade Soft dengan rekaan aerodinamik
-rekaan terbaharu penyeka kaca di pasaran
-datang dengan penyesuai, boleh dimuatkan pada 99 peratus kereta di pasaran
-sesuai untuk kereta yang dimuatkan dengan penyeka kaca jenis flat blade dari kilang

Premium 2.0
-rekaan rangka keluli konvensional
-boleh dimuatkan pada 90 peratus kenderaan dalam pasaran
-tiada masalah halangan angin biarpun dengan rekaan tradisional
-sesuai untuk kereta yang dimuatkan dengan penyeka kaca jenis tradisional

Paling penting, produk Hella menggunakan 100 peratus komponen getah asli pada bilah penyeka kaca dan tidak mengandungi bahan silikon.
 

Hella


Tatkala Malaysia kini sedang dilanda musim hujan yang tidak menentu, adalah lebih baik sekiranya anda mencuba sendiri keberkesanan produk penyeka kaca Hella pada kereta anda.

Bergantung kepada saiz, harga jualan Hella Cleantech 2.0 bermula dari RM35.00-RM80.00, manakala Hella Premium 2.0 pula dijual bermula dari RM12.90-RM48.00.
 


Khusus untuk pembaca Careta, Hella kini menawarkan promosi istimewa bermula 23 Julai hingga 22 Ogos 2022.

Dengan hanya menggunakan kod promosi CARETA10, pembaca Careta layak untuk menikmati potongan harga sehingga 10 peratus, sah sehingga 22 Ogos ini di pautan https://bit.ly/c6-auto2u-hella-wiper-july22-promo

 

Berita Berkenaan

Informasi
Namun pada satu masa dahulu, Ford tidak terlepas daripada dosa besar apabila syarikat ini terciduk…
Berita Domestik
Sesi bual bicara ini terbahagi kepada beberapa segmen yang merangkumi penyelenggaraan kenderaan,…