Wingle 7 EV - trak pikap berkuasa elektrik dari Haval

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ford Ranger merupakan antara trak pikap yang berjaya menarik perhatian umum, ditambah lagi dengan pengenalan varian Raptor yang lebih berkuasa dan lebih kacak itu. 

Akan tetapi, dalam banyak varian yang diperkenalkan, tidak ada satu pun yang menawarkan keupayaan untuk bergerak dalam mod elektrik atau hibrid. 

Jika anda mahukan semua itu, anda perlu keluar dari kepompong Ford, dan beralih kepada jenama dari Tanah Besar China. 
 


Masih ingat Wingle 7 yang seakan Ford Ranger itu?

Baca: Wingle 7 Champion Edition

Memandangkan Wingle 7 laris dengan jayanya di pasaran sana, Great Wall kini sedang membangunkan sebuah varian trak pikap berkuasa elektrik. 

Untuk mengenal pasti trak pikap elektrik ini cukup mudah, terdapat slot pengecasan berkembar yang tersorok di bahagian gril hadapan, masing-masing untuk pengecasan pantas dan pengecasan biasa. 
 


Tiada sebarang maklumat teknikap diperoleh pada ketika ini, namun desas desus menyatakan ia bakal mempunyai sekurang-kurangnya 200 kuasa kuda. 

Jarak operasi pula mampu mencapai 300 kilometer untuk sekali pengecasan penuh. 

 

 

Sumber: CarNewsChina

Berita Berkenaan

Informasi
Tujuannya mudah, GWM mahu membina satu hubungan yang lebih baik antara mereka dengan pelbagai…
Berita Global
SUV baharu ini didatangkan dengan nadi 1.5 liter aspirasi natural yang dipadankan dengan sistem…
Berita Global
Pada tahun 2022, GWM berjaya mencatat peningkatan sebanyak 21.28%, dengan menjual sebanyak 1,067,…