Wild One Max - kereta Tamiya yang anda boleh pandu sendiri!

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat Little Car Company sebelum ini terkenal kerana menghasilkan kereta-kereta replika berskala yang boleh dipandu sepenuhnya, seperti Bugatti Type 35 dan Aston Martin DB5.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, nama Little Car Company ini dilihat bakal menjadi lebih popular apabila mereka bergandingan dengan Tamiya (ya, Tamiya yang bikin kereta kawalan jauh tu!) dan membangunkan sebuah model berskala 8/10 daripada kereta kawalan jauh ikonik era 1980-an, Wild One!

Model asal Wild One (kod nama 58050) dijual pada tahun 1985 bersama-sama kit R/C buggy yang lain seperti Frog dan Hornet.

 


Namun model Wild One Max ini merupakan versi yang boleh dipandu sepenuhnya, dan seperti model kawalan jauh asal, ia juga turut dilengkapi dengan bateri dan boleh dibina sendiri di rumah.

Dari segi dimensi, Wild One Max memiliki ukuran sepanjang 3.5 meter, dan dengan casis spaceframe keluli yang dibantu dengan suspensi gegelung, brek hidraulik Brembo dan tayar off-road 15 inci, jentera Tamiya ini hanyalah seberat 250 kg!

Motor elektrik 5.5 hp pula dipasang pada gandar belakang membolehkan Wild One Max ini memecut sehingga 48 km/j kelajuan maksimum, pada jarak sekitar 40 km sahaja.

 


Mungkin ramai yang beranggapan kuasa tersebut tidak mencukupi, dan usah risau kerana Little Car Company juga turut mempertimbangkan untuk menawarkan naiktaraf motor elektrik dan pek bateri bagi prestasi yang lebih memberangsangkan (masih ingat zaman dulu tukar 'enjin' merah, atau hitam?).

Selain daripada itu, terdapat juga penawaran naiktaraf seperti harnessess perlumbaan, sistem brek yang lebih serius, sistem suspensi, serta pakej Tarmac Pack yang merangkumi tayar khusus dan pemasangan mudguard.

Yang paling mengujakan, anda juga boleh memandu Wild One Max ini di atas jalan raya sebenar dengan menambah pakej Road Legal Pack terdiri daripada lampu brek, lampu membelok, dan cermin sisi selaras dengan peraturan European Quadricycle Legislation dan U.S. Neighborhood Electric Vehicle Legislation.

 


Nak beli? Wild One Max memiliki tanda harga $8,250 (RM33,842) apabila ia dijadualkan mendarat di pasaran pada tahun 2022.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Syarikat Little Car Company dalam satu kenyataan mengumumkan model Tamiya Wild One MAX skala…
Berita Global
Berita baik buat mereka yang mahu mengimbau semula kenangan silam, sebuah syarikat The Little Car…