WHO: Kecederaan lalu lintas pembunuh utama kanak-kanak

oleh Mohamad Hanif|
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh World Health Organization (WHO), seorang manusia dikatakan akan mati setiap 24 saat berpunca daripada kejadian yang melibatkan kemalangan trafik.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Berdasarkan kiraan, 1.35 juta kematian dicatatkan akibat kecederaan kemalangan jalan raya dan angka tersebut meningkat selari dengan penambahan bilangan populasi warga bumi setiap tahun - sesuatu yang amat membimbangkan. 

Dan daripada jumlah tersebut, kecederaan akibat kemalangan jalan raya merupakan pembunuh nombor satu bagi golongan kanak-kanak serta mereka yang berusia 5-29 tahun. 
 


Apa yang merisaukan, tatkala di Amerika, Eropah dan Western Pasific mencatatkan penurunan kes kemalangan jalan raya, Afrika dan Asia Tenggara dilaporkan sebaliknya, dengan kadar kematian tertinggi masing-masing dicatatkan pada 26.6 dan 20.7. 

Laporan WHO menyimpulkan bahawa ia merupakan satu contoh terbaik bagaimana negara yang mempunyai pendapatan rendah dan penguatkuasaan undang-undang yang lemah mampu mempengaruhi kadar kematian. 
 


Hal ini dibuktikan dengan statistik bahawa negara berpendapatan rendah mempunyai 1% daripada jumlah keseluruhan kenderaan seluruh dunia, namun kadar kematian yang dicatatkan adalah 13%, lebih tinggi berbanding statistik yang dicatatkan oleh negara berpendapatan tinggi. 

Anda boleh menyemak laporan penuh di laman web WHO atau menerusi pautan yang tertera di bawah ini. 

WHO | Global status report on road safety 2018

ROAD TRAFFIC INJURIES: THE FACTS

WHO | Global Status Report on Road Safety 2018 (Summary)

 

 

Sumber: WHO menerusi Autoblog

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Tengku Ahmad Marwan Bin Tengku Mahmud, penggiat keselamatan jalanraya menyambut baik usul Menteri…
Berita Domestik
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkara itu dimaklumkan dalam…