White Orchid Pearl kini boleh didapati pada Honda Jazz, City, BR-V dan HR-V baharu

oleh Afandi Che Muhamad|
Honda Malaysia nampaknya enggan memperlahankan momentum penawaran kepada pelanggan setia jenamanya.

Terbaharu, syarikat tersebut telah memperkenalkan pilihan warna baru bagi empat model palling laris termasuk Jazz (varian petrol), City (varian petrol), BR-V dan HR-V.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Warna premium yang dimaksudkan ialah putih (White Orchid Pearl). Warna itu bakal menggantikan warna putih yang diaplikasikan pada empat model  tersebut sebelum ini, Taffeta White.

Untuk makluman, inisiatif pemilihan warna berkenaan dilakukan susulan respon positif yang diterima terhadapnya ketika pengenalan model Honda Civic versi pemasangan tempatan (CKD) tidak lama dahulu.

Tempahan model dengan pilihan warna baharu tersebut dibuka sekarang bagi Honda Jazz (varian petrol) dan City (varian petrol).

Bagi Honda BR-V dan H-RV pula, tempahan untuk model berkenaan hanya boleh dilakukan pada minggu ketiga Februari depan.

Harus diketahui, pengguna yang menempah perlu menunggu selama sebulan dua sebelum mula menerima model berkenaan.

Honda Malaysia mengenakan kadar sebanyak RM120 untuk Honda Jazz (varian petrol) dan City (varian petrol) manakala bagi model BR-V juga H-RV pula berharga RM300.

Pengguna yang berminat boleh mendapatkan model berkenaan dengan berkunjung ke 93 cawangan pengedar sah Honda, hubungi talian khidmat pelanggan mereka di 1-800-88-2020  atau layari laman web rasmi di www.honda.com.my.

Berita Berkenaan

Informasi
Kini ketiga-tiga warna tersebut boleh dipesan melalui di kedai rasmi Tesla atau dalam talian…
Informasi
"Bagaimanapun, nama warna akan dikekalkan di hujung nama laluan bagi tempoh sementara untuk…
Berita Global
Ia bukanlah balutan (wrap) biasa yang kita selalu lihat, akan tetapi BMW menggunakan teknologi…