Wheelsandmore tawar pakej rim kekunci pusat untuk Mercedes-AMG GT Black Series

oleh Mohamad Hanif|
Kebiasaannya, roda aloi dengan sistem kekunci pusat (center-locking) ini digunakan pada kereta-kereta lumba, eksotik, serta kereta sports yang lebih tegar spesifikasinya.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024


Namun, bagi para pemilik Mercedes-AMG GT Black Series, anda kini boleh melengkapkan jentera peribadi dengan set rim center-locking ini daripada Wheelsandmore.

 


Produk rim 20 inci yang dinamakan sebagai UD-1 itu mempunyai berat sekitar 9 kg (saiz tayar Michelin S Cup 2 285/30) di hadapan dan 12 kg di bahagian belakang (saiz tayar 335/30), di mana ia menampilkan nut pengunci tengah daripada aloi aluminium-magnesium, penyesuai, serta pelindung hab dengan kekunci magnetik.

Rim UD-1 ini turut mendapat kelulusan daripada TUV di Jerman, namun hanya 25 unit sahaja yang akan diproduksikan dengan harga bermula dari €16,557 (RM80,623).

 


Melengkapkan lagi penampilan jahat tersebut, Wheelsandmore turut menyediakan naiktaraf angkup brek yang boleh didapati dalam beberape jenis warna, serta sistem ekzos yang lebih sporti.

Bagi mereka yang gila kuasa, Wheelsandmore turut menawarkan naiktaraf kuasa, yang membolehkan enjin V8 turbo berkembar berkuasa 720 hp/800 Nm itu berupaya menghamburkan 778 kuasa kuda dan 870 Nm bagi membolehkan kelajuan tertinggi sehingga 336 km/j dicapai.

 

Berita Berkenaan

Pelancaran
Untuk pasaran Malaysia, jentera berharga dari RM3 juta itu hanya dibawa masuk sebanyak 13 unit…
Berita Global
Selepas pengenalan G 63 AMG Edition 55 tempoh hari, kini Mercedes-AMG membawakan model GT Track…
Berita Global
Usah risau kerana Mercedes-AMG sememangnya faham kehendak minda berjiwa kelajuan ini dan mereka…