WEY dedah konsep crossover rekaan klasik

oleh Mohamad Hanif|
Rekaan retro-moden merupakan antara pendekatan terkini syarikat pengeluar automotif dalam membawakan nafas baharu pada barisan model kenderaan mereka.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Tidak kurang yang berjaya, namun ada juga yang gagal membawakan impak seperti yang diinginkan, seperti conoth Chrysler PT Cruiser dan Chevy SSR.

Dari pasaran automotif terbesar dunia, sebuah syarikat automotif WEY bakal membawakan crossover baharu pada acara Chengdu Auto Show dengan rekaan klasik yang diinspirasikan daripada model klasik Chevrolet Suburban.
 

WEY


Berdasarkan gambar tunggal yang dibekalkan, teaser itu memaparkan sebuah crossover dengan rekaan klasik seperti lampu berbentuk bulat, gril melengkung yang dihiasi lencana WEY, serta rekaan bampar yang serba olskool.

WEY menyifatkan crossover baharu ini sebagai 'smart for everyone' dan 'classic just for you', serta sebuah generasi baharu yang menawarkan pemanduan retro yang pintar.

Menurut laporan daripada Autohome, crossover ini bakal diperlihatkan secara rasmi pada 27 Ogos, namun ia berkemungkinan besar akan kekal sebagai model konsep semata-mata.

Sumber: Autohome

Berita Berkenaan

Informasi
Tujuannya mudah, GWM mahu membina satu hubungan yang lebih baik antara mereka dengan pelbagai…