Weststar Maxus tawar program tukar MPV dengan Maxus G10 sempena Aidilfitri

oleh Mohamad Hanif|
Pengedar tunggal rangkaian kenderaan Maxus, Weststar Maxus kini mengumumkan pelbagai tawaran menarik bersempena Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Di dalam kempen terbaharu selain daripada penawaran harga kadar sifar peratus GST, Maxus menawarkan para pelanggan untuk menukar milik MPV mereka dengan sebuah Maxus G10 serba baharu yang sah sehingga 31 Julai ini. 
 

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Weststar, Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim berkata, "Ini merupakan tawaran terhebat kepada keluarga yang menginginkan sebuah MPV 10 tempat duduk dengan nilai pertukaran yang tinggi."

Tambahan kepada kempen tersebut, Weststar Maxus turut menawarkan jaminan selama lima tahun atau jarak perbatuan 120,000 km yang mana terdahulu, serta dua tahun servis percuma merangkumi upah serta alat ganti. 

Setakat ini Weststar Maxus telah membuka dua ruang pameran bertaraf 3S di Plentong, Johor dan di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, manakala Pusat Alat Ganti Weststar Maxus yang terletak di Klang juga telah beroperasi bagi memastikan mutu perkhidmatan servis kenderaan berjalan lancar. 

Weststar juga telah menambah dua lagi pusat pameran Maxus yang terletak di Bangsar dan Kota Bharu. 
 


Bagi menarik perhatian lebih ramai pengguna, Weststar Maxus telah melantik duta keluarga selebriti iaitu Awal Ashaari, Scha Alyahya dan Lara Alana sebagai duta Maxus G10. 

Mereka akan berkongsi pengalaman berkeluarga bersama model G10 tersebut menerusi laman sosial yang mempunyai 19 juta pengikut aktif di Malaysia, Singapura dan Brunei.