Weststar lancar Ambulans Tekanan Negatif untuk kegunaan pesakit COVID-19

oleh Mohamad Hanif|
Dalam usaha untuk membantu para petugas baris hadapan menangani wabak pandemik COVID-19, Weststar Group baru-baru ini memperkenalkan Ambulans Tekanan Negatif untuk membawa pesakit-pesakit COVID-19 serta penyakit berjangkit yang lain.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ambulans Tekanan Negatif ini merupakan binaan kustom berdasarkan platform Maxus V80 yang menawarkan perlindungan dua tahap kepada para petugas baris hadapan dan first responder, manakala pesakit pula diletakkan di dalam ruang pengasingan khas yang turut dilengkapi dengan sistem penapisan tekanan negatif tersendiri bagi mengelak jangkitan silang.

 


Selain daripada itu, ambulans khas ini juga turut membolehkan tekanan udara di dalam kabin dikekalkan di bawah tekanan barometrik persekitaran, bermakna kabin ambulans menjadi ruang kedap udara dan hanya udara dari luar sahaja dibenarkan masuk ke dalam kabin.

Tekanan udara di dalam kabin hanya akan dilepaskan setelah ambulans melepasi peranti penulenan bio-keselamatan ekzos tekanan negatif dan dibersihkan menerusi penapis HEPA bagi mengelakkan sebarang penularan patogen serta agen berjangkit yang lain.

Ambulans ini juga turut dipasang dengan lampu ultra-ungu yang akan membuat disinfektasi secara automatik setiap kali selepas ambulans digunakan.

Setakat ini, Ambulans Tekanan Negatif sudah pun digunakan secara meluas oleh hospital kerajaan dan swasta di seluruh negara, termasuk Jabatan Kesihatan Selangor dan Universiti Malaya Specialist Centre.

 


Penyedia perkhidmatan ambulans swasta terbesar di Malaysia, First Ambulance Service merupakan organisasi terbaharu yang menawarkan penggunaan Ambulans Tekanan Negatif, di mana pada ketika ini mereka mempunyai kekuatan sebanyak 44 buah ambulans, dan 140 orang petugas paramedik dan pemandu.

Dengan harga di bawah RM400,000 (sama seperti harga untuk ambulans konvensional Type B), Weststar menawarkan Ambulans Tekanan Negatif dengan jaminan selama lima tahun termasuk pakej penyelenggaraan, dan tidak ketinggalan penyelesaian pengurusan fleet yang komprehensif yang turut merangkumi program pajakan.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ambulans Tekanan Negatif Maxus V80 dengan jarak antara roda panjang ini diimport sepenuhnya sebelum…