Webinar Nissan FUTURES bicara masa hadapan mobiliti elektrik ASEAN, 4 Februari depan

oleh Mohamad Hanif|
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengkategorikan pencemaran udar dan pencemaran bunyi trafik sebagai risiko persekitaran terbesar yang mampu mengancam kesihatan, di mana sistem pengangkutan menghasilkan kadar bunyi secara purata 83dB di bandar-bandar utama ASEAN, 50 peratus lebih tinggi berbanding kadar yang disarankan oleh WHO.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Oleh sebab itu, pengeluar automotif Jepun, Nissan akan menganjurkan sebuah persidangan dalam talian (webinar) Nissan FUTURES - Electrification and Beyond yang akan memfokuskan kepada masa hadapan mobiliti elektrik ASEAN pada 4 Februari ini.

Bertemakan 'Electrifying 250 million cars, An Impossible dream?', webinar ini bakal menyaksikan penyertaan daripada peneraju industri, wakil kerajaan, media serta eksekutif Nissan bagi membicarakan peluang untuk mencapai mobiliti bebas karbon untuk pasaran ASEAN.

Serentak dengan itu, firma perunding Frost & Sullivan akan turut sama membentangkan hasil kajian berhubung persepsi pengguna dari Thailand, Indonesia, Vietnam, Singapura, Malaysia, Hong Kong dan Filipina terhadap mobiliti elektrik.

 


Menurut Isao Sekiguchi, Naib Presiden Serantau, Nissan ASEAN menjelaskan, "sebagai peneraju di dalam mobiliti elektrik, Nissan komited untuk menjadikan impian ini menjadi satu realiti.

"Namun, kami tidak mampu melakukannnya bersendirian, jadi Nissan FUTURES ini merupakan platform yang sesuai untuk membicarakan polisi dan pelan perniagaan untuk mencabar sesuatu yang sebelum ini mustahil untuk dilakukan.

Selain daripada Sekiguchi, panel perbincangan akan turut disertai oleh individu berikut:

  • Edmund Araga (Presiden Persatuan Kenderaan Elektrik Filipina)
  • Dusit Anantarak (Pakar Kanan, Pejabat Ekonomi Industri, Kementerian Industri Thailand)
  • Vivek Vaidya (Naib Presiden Kanan bahagian Mobiliti Pintar, Frost & Sullivan Asia Pasifik)

Nissan FUTURES merupakan siri perbincangan yang mengumpulkan pakar dari serata dunia bagi membicarakan perihal masa hadapan mobiliti yang telah dianjurkan sejak tahun 2018.

Untuk edisi 2021, Nissan FUTURES akan disiarkan secara langsung menerusi dalam talian dan membenarkan peserta untuk menyertai dan mengajukan soalan secara terus kepada panelis.