WCT - Tiada cadangan beli Lapangan Terbang Subang

oleh SALINA JALIL|
WCT Holdings Bhd (WCT) mahu menjelaskan bahawa unit milik penuhnya, Subang Skypark Sdn Bhd (SSSB) mencadangkan untuk konsesi semula dan BUKAN mengambilalih Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (sebelum ini dikenali sebagai Lapangan Terbang Subang) seperti yang dilaporkan oleh beberapa organisasi media.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, WCT juga berkata ia akan mengendalikan lapangan terbang itu di bawah pajakan dan kerajaan akan terus memiliki tanah dan Lapangan Terbang Subang.

 

"Cadangan itu buat masa ini berada pada peringkat kertas konsep yang diserahkan SSSB kepada Kementerian Pengangkutan, Kementerian Kewangan serta Kementerian Tenaga dan Sumber Asli pada 1 Mac lalu.

 

"Cadangan itu masih di peringkat awal," katanya.

 

Menurut WCT, penyerahan kertas konsep kepada kementerian berkaitan adalah amalan biasa kerana syarikat itu sentiasa proaktif dalam mencari peluang perniagaan baharu.

 

 

 

-BERNAMA

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Visi kerajaan ialah untuk mewujudkan sistem pembayaran tol yang bebas dari kesesakan menerusi model…
Berita Domestik
  Environment Idaman Sdn Bhd, yang beroperasi di bahagian Utara Semenanjung Malaysia, merupakan…
Berita Domestik
Namun begitu, untuk menurunkan kadar tol, konsesi PLUS akan ditambah sebanyak 20 tahun lagi. "…