Jajaran sepanjang 35.5km ini telah beroperasi secara percuma, sejak dibuka secara rasmi pada 12 Mac 2024 oleh Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexandar Nanta Linggi.
Kutipan tol Seksyen 11 ini akan dilaksanakan secara elektronik sepenuhnya menggunakan kad Touch 'N Go, Smart Tag (Plaza Tol Taiping Selatan & Lekir sahaja), dan RFID.
Berikut adalah kadar tol mengikut kelas kenderaan yang telah ditetapkan:
Plaza Tol Taiping Selatan
Plaza Tol Trong
Pengguna dinasihatkan untuk memastikan baki e-wallet dan kad Touch 'N Go mencukupi sebelum memulakan perjalanan bagi mengelakkan sebarang kesulitan semasa melalui plaza tol.
Untuk maklumat lanjut mengenai kadar tol dan cara pembayaran, sila layari laman web WCE atau muat turun aplikasi WCE App.
Jika anda menghadapi sebarang masalah dengan pembayaran tol, sila hubungi WCE infoline di 1700 81 6600 atau emel [email protected]