WCE: Seksyen 8 (Hutan Melintang - Teluk Intan) kini dibuka tanpa kutipan tol, bermula 6.00 petang hari ini

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Seksyen 8, jajaran Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) Banting-Taiping, dari persimpangan Hutan Melintang ke Teluk Intan sepanjang 19.1 kilometer (km) dibuka secara rasmi kepada pengguna jalan raya bermula jam 6 petang, hari ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd Anuar Mohd Tahir, berkata jajaran pertama yang dibuka itu juga tidak akan dikenakan bayaran tol sehingga kerajaan membuat keputusan berkenaan dasar pengenaan tol dan kadar tol bagi lebuh raya berkenaan.

Katanya, pembukaan jajaran itu bukan sahaja memberi manfaat kepada pengguna, malah bakal memacu aktiviti dan pertumbuhan ekonomi di sekitar kawasan berkenaan.

“Kita cuba sedaya upaya untuk membuka jajaran yang kritikal ini untuk digunakan oleh pengguna untuk pulang beraya di kampung masing-masing dan akan membantu mengurangkan tekanan trafik pada musim perayaan ini.

“Pembukaan jajaran Seksyen 8 yang direka bentuk laluan dua lorong dua hala bakal menjadi laluan pintasan kepada penduduk setempat sekitar Sabak Bernam, Selangor; Bagan Datuk, Hutan Melintang, Teluk Intan dan Sitiawan di Perak.

 


“Jajaran ini juga dapat memendekkan masa perjalanan dengan anggaran 11 minit berbanding penggunaan laluan FT 005 (Klang-Teluk Intan) dan turut disediakan kemudahan awam seperti surau dan bilik air bersebelahan Plaza Tol Hutan Melintang dan Plaza Tol Teluk Intan,” katanya.

Mohd Anuar berkata demikian selepas merasmikan pembukaan laluan Hutan Melintang-Teluk Intan di Tol Plaza Teluk Intan, WCE di Batu 5 Jalan Teluk Intan-Bagan Datuk, hari ini.

Mohd Anuar berkata, pembukaan Seksyen 8 itu bersifat setempat namun apabila lebuh raya WCE siap sepenuhnya ia bakal menjadi sistem penyuraian trafik dan laluan alternatif kepada Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), terutama pada musim perayaan.

“Bagi jajaran Seksyen 9 dan 10, iaitu persimpangan daripada Lekir ke Beruas sejauh 44 km pula dijangka akan dibuka selewat-lewatnya pada Ogos ini dan setakat ini ia sudah siap 95 peratus.

“Jajaran WCE akan dibuka secara berperingkat dan untuk keseluruhannya, WCE akan dibuka sepenuhnya pada hujung tahun depan,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menteri Kerja Raya, Dato Alexander Nanta Linggi berkata, serentak dengan pembukaan tersebut juga…
Berita Domestik
Pelaksanaan lencongan ini adalah untuk memberikan laluan kepada kerja-kerja pelancaran rasuk…
Berita Domestik
Menurut warta kerajaan persekutuan, kutipan tol ini akan bermula 15 Januari 2020 sehingga 13…