Waze untuk motosikal dilancarkan

oleh HEZERI SAMSURI|

Waze memperkenalkan mode untuk motosikal pula sempena musim perayaan dan percutian hujung thaun ini. 

Untuk kali pertamanya Waze melancarkan mpde motosikal kepada 1.1 juta penunggang motosikal untuk menggunakan aplikasi laluan dunia itu.

Selain dari mengetahui laluan terbaik, Waze turun memberikan informasi seperti polis di hadapan, kamera halaju dan perangkap halaju, penutupan jalanraya dan penghad kawasan.

Pengguna motosikal juga akan mendapat informasi seperti:

  • Laluan yang lebih sesuai dan lebih mantap hasil dari informasi dari penggunaa motosikal sendiri.
  • Jangka masa sampai ke destinasi yang lebih pantas dari kenderaan-kenderaan lain.
  • Penggunaan lorong dan laluan yang lebih sempit yang tidak boleh dicadangkan dahulu kerana jalan sempit.
  • Cursor bentuk motosikal dan mood motosikal untuk semua pengguna Waze.

 

 

Untuk Waze yang melalui update 4.33, pengguna kini boleh terus ke destinasi masing-masing dengan dua patah perkataan - OK Waze.

Dengan hanya menyebut Ok Waze, pengguna tidak perlu menyentuh langsung skrin-skrin pada henfon atau phablet.

Untuk menggunakan mode motosikal, masuk ke Settings, pergi ke jenis kenderaan dan pilih Motorcycles dan anda gunakan earphone untuk mendengar arahan perjalanan dari awek Waze.

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun begitu, untuk yang mahukan sistem navigasi yang lebih mesra data dan tidak berserabut, Google…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, seorang…
Berita Domestik
  Selain itu, katanya, PLUS prihatin dan mengambil berat terhadap keselamatan serta keselesaan…