Waze umumkan Waze for Cities Data yang dihos di Google Cloud

oleh SALINA JALIL|
Waze, platform yang menyatukan pelbagai komuniti ketika di luar dan semasa di jalan raya, telah mengumumkan Waze for Cities Data yang dihoskan di Google Cloud Platform untuk penganalisaan tersedia.


Ini akan membolehkan lebih dari 1,000 rakan kongsi global mengakses data trafik Waze for Cities Data dengan lebih lancar, untuk menyemak dan menganalisa corak pengangkutan disamping mencipta pengvisualan menggunakan alat-alat Google Cloud untuk julung kalinya.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Waze For Cities, yang dahulunya dikenali sebagai Connected Citizens Program, telah dilancarkan pada bulan Oktober tahun 2014 bersama 10 rakan kongsi bandar. Kini, ia telah berkembang untuk berkhidmat bagi lebih daripada 1,000 rakan kongsi di seluruh dunia. 

 


Program yang percuma dan kolaboratif ini memanfaatkan teknologi mudah alih dan data lalu lintas  untuk memperkasakan majlis-majlis perbandaran dan responden-responden pertama bagi memperbaiki infrastruktur bandar mereka yang sedia ada.

 

 

“Waze telah menjadi peneraju perkongsian data bersama bandar-bandar disamping berganding bahu dengan mereka untuk menambah baik infrastruktur dan membanteras kesesakan lalu lintas. Akan tetapi, semenjak lima tahun kebelakangan ini, situasi telah berubah. 

 

Bandar-bandar mempunyai lebih banyak data berbanding sebelumnya, lalu mereka mahukan alat yang lebih baik untuk menganalisa data tersebut serta membolehkan ia diguna pakai dalam peningkatan kualiti jalanan setempat. 

 

Kami sangat teruja untuk menyediakan integrasi ini dengan Google Cloud yang akan memudahkan lagi rakan-rakan kongsi Waze for Cities untuk mengatur, menyimpan, mentafsir dan berkongsi data serta cerapan pengangkutan,” ujar Dani Simons, Ketua Perkongsian Sektor Awam Waze. 

 

 

“Rakan-rakan kongsi Waze for Cities Data tidak lagi perlu membangunkan alat-alat sendiri ataupun mempunyai sistem berbeza untuk setiap sumber data. 

 


Integrasi dengan Google Cloud akan memudahkan capaian Waze for Cities Data serta menghimpunkan bersama sumber data berkaitan pengangkutan lain untuk mendapatkan gambaran penuh arah aliran mobiliti sesuatu tempat,” jelas Sudhir Hasbe, Pengarah, Pengurusan Produk di Google Cloud.

 


Dengan adanya Cities Data oleh Waze ini, rakan-rakan kongsi Waze for Cities akan mempunyai akses kepada alat gudang data terunggul BigQuery dan alat pengvisualan Data Studio. 

 


Alat-alat ini akan menjadikan penafsiran data lebih mudah untuk ditafsir dan dikongsi bersama para pengguna. Rakan-rakan kongsi boleh menganalisa sehingga 1TB data dan menyimpan sehingga 10GB data secara percuma setiap bulan. 

 

 

 

Dengan program ini juga, rakan-rakan kongsi boleh menyimpan dan menganalisa data mereka sendiri secara selamat dan peribadi dan menjalankan analisis mereka sendiri yang disokong oleh Waze for Cities Data. 

 


Seperti semua rakan kongsi dan pelanggan Google Cloud, data oleh rakan-rakan kongsi Waze for Cities adalah dalam kawalan mereka secara sepenuhnya.

 


“Sepanjang kerjasama kami dengan Waze for Cities Data yang bermula pada September 2016, Unit Penyampaian Smart Selangor (SSDU) telah berjaya mengenal pasti jalan-jalan berlubang di pelbagai lokasi berdasarkan laporan-laporan yang dibuat oleh para pengguna Waze di aplikasi tersebut. 

 

 

Ini membolehkan mereka menyatakan lokasi lubang dan membolehkan kami untuk membaiki jalan-jalan berlubang ini sebagai sebahagian daripada operasi-operasi penampalan lubang di seluruh negeri Selangor yang dijalankan oleh 4 agensi negeri. 

 

 

Selain itu, ia juga telah membantu kami mengenal pasti lokasi-lokasi yang terdedah kepada risiko banjir. Kami teruja melihat integrasi Waze for Cities Data dengan Google Cloud kerana ia akan menjadikan pengalaman kami lebih baik," jelas Dr. Fahmi Ngah, Pengarah Urusan SSDU.

 


Agensi awam yang berminat menyertai program ini, anda hanya perlu klik butang “Mohon Sekarang” di laman utama Waze for Cities. Rakan-rakan kongsi Waze for Cities akan menerima maklumat dan mengintegrasi ke akaun sedia ada mereka. 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia akan dimuatnaik ke aplikasi Waze dalam mingu-minggu mendatang.   1. Amaran awal agar anda tak…
Informasi
Perkembangan terkini, Google berkongsi menyatakan Waze kelak akan memaklumkan berkenaan beberapa…
Berita Domestik
  "Orang ramai berpendapat dengan memaparkan keberadaan pihak polis, pemandu akan lebih cenderung…