Waze kini paparkan 500 lokasi tambah nilai kad TnG tanpa surcaj

oleh Mohamad Hanif|
Menerusi satu kemaskini yang dikeluarkan oleh pihak penyedia aplikasi Waze, para pengguna di Malaysia kini boleh menyemak lokasi tambah nilai kad Touch 'n Go yang tidak mengenakan surcaj tambahan.

Terdapat kira-kira 500 lokasi tambah nilai kad Touch 'n Go yang terdapat di seluruh negara buat masa ini. 

Ciri baharu ini bakal memudahkan urusan rakyat Malaysia untuk menyemak, merancang perjalanan serta menambah nilai kad Touch 'n Go sebelum memulakan pemanduan. 

Pada masa akan datang, pihak Touch 'n Go akan turut menyertakan lokasi Pusat Pemasangan RFID Touch 'n Go serta kawasan parkir yang tidak mengenakan surcaj. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun begitu, untuk yang mahukan sistem navigasi yang lebih mesra data dan tidak berserabut, Google…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, seorang…
Berita Domestik
  Selain itu, katanya, PLUS prihatin dan mengambil berat terhadap keselamatan serta keselesaan…