Waze keluar garis panduan masa terbaik untuk berurusan di bulan Ramadan

oleh Mohamad Hanif|

Waze selaku aplikasi pemetaan komuniti telah menerbitkan sebuah panduan kepada rakyat Malaysia, khususnya buat umat Islam yang bakal menghadapi bulan Ramadan tidak lama lagi.

Panduan tersebut meliputi masa yang terbaik dan kurang baik bagi mengunjungi tempat-tempat perhatian orang awam, seperti restoran makanan segera, pusat membeli belah, bank dan juga stesen minyak. 

Pihak Waze turut menjangkakan para pemandu yang menuju ke tempat kerja akan mengalami trafik yang lebih sesak berbanding trafik ketika menuju pulang ke rumah.

Trafik dijangkakan sesak dari pukul 8 pagi hingga 11 pagi pada hari kerja dan akan beransur pulih pada pukul 3 petang. Jadi, mereka yang bangun awal untuk bersahur dan bersolat patut mempertimbangkan permulaan yang lebih awal dan keluar dari rumah sebelum 8 pagi.


Masa Terbaik dan Terburuk untuk Mengunjungi Restoran Makanan Segera

sumber: Marketing-Interactive


Inginkan snek lewat malam ataupun sarapan awal pagi di restoran makanan segera kegemaran anda?

Tiada masalah!

Semasa Ramadan, bila-bila masa selepas 9 malam merupakan waktu yang bagus untuk melawat rangkaian makanan segera, terutamanya dari pukul 12 malam hingga ke 5 pagi.

Sebaliknya, masa yang terburuk untuk melawat rangkaian makanan segera ialah dari 4 petang hingga ke 7 petang.

Ini adalah kerana orang ramai sedang bersiap-sedia untuk berbuka puasa bersama keluarga dan rakan-rakan mereka pada masa ini.


Masa Terbaik dan Terburuk untuk Melawati Pusat Beli-Belah

sumber: Intraday

Musim Ramadan merupakan musim penting bagi setiap tahun kerana pusat-pusat beli-belah akan dipenuhi ramai orang yang datang untuk membeli-belah dan menjamu selera.

Pusat-pusat beli-belah di seluruh Malaysia sentiasa padat dari pukul 12 petang hingga ke 4 petang dan akan menjadi paling padat dari pukul 5 petang hingga ke 6 petang.

Sama keadaan dengan restoran-restoran makanan segera, ini adalah kerana ramai yang merancang untuk sampai ke rumah sebelum waktu berbuka puasa ataupun mereka yang merancang untuk berbuat sedemikian di pusat beli-belah yang terdekat.

Mereka yang memerlukan “terapi beli-belah” ataupun membeli-belah boleh menuju ke pusat-pusat beli-belah mulai pukul 7 petang.

 

Masa Terbaik dan Terburuk untuk Singgah ke Bank

sumber: KLIA2


Di sepanjang bulan Ramadan yang suci ini, trafik menuju ke bank-bank di seluruh Malaysia turun naik sepanjang hari.

Dari pukul 7 pagi hingga 9 pagi, terdapat peningkatan yang stabil dalam bilangan orang yang mengunjungi ATM.

Walau bagaimanapun, trafik menuju ke bank akan meningkat selepas pintu dibuka secara rasmi pada 9.30 pagi, sebelum ia menjadi penuh dari pukul 12 tengah hari ke 3 petang.

Jika anda hanya ingin mengeluarkan wang tunai di ATM, lakukannya selepas pukul 4 petang kerana orang ramai akan beransur-ansur pulang dan bilangan orang ramai akan menurun selepas itu.


Masa Terbaik dan Terburuk untuk Mengisi Minyak


Jika anda ingin mengisi minyak, lakukannya pada awal pagi kerana anda tidak akan perlu beratur di mana-mana pam sebelum dan sekitar pukul 8 pagi!

Bilangan orang akan meningkat mulai pukul 9 pagi dan anda patut mengelakkan stesen-stesen minyak ketika waktu puncak dari pukul 3 petang hingga ke 6 petang kerana orang ramai akan mengisi minyak dalam perjalanan pulang ataupun ke makan malam dengan keluarga dan rakan-rakan.

Jika anda perlu mengisi minyak selepas kerja, buat sedemikian mulai pukul 7 malam kerana stesen-stesen minyak akan menjadi kurang sibuk selepas itu.

 


Kurangkan masa melakukan tugasan di atas jalanan dan luangkan lebih banyak masa dengan orang-orang yang tersayang.

Muat turun aplikasi Waze untuk cuba sendiri. Untuk maklumat lanjut, sila ke
www.waze.com.

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun adakalanya jalan alternatif yang kerap dicadangkan itu mempunyai dua tiga buah plaza tol dan…
Berita Global
Google Maps kemudian akan menggunakan fungsi audio untuk memberitahu pemandu tentang keadaan trafik…
Informasi
Bersempena dengan Minggu Keselamatan Jalanraya yang dianjurkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa…