Waze dan Shell maklumkan kawasan kemalangan

oleh |
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jika anda memandu dengan menggunakan bantuan aplikasi lalulintas dan navigasi Waze kini, anda akan menerima amaran awal kawasan di mana kerapnya berlaku kemalangan. Sistem yang pertama kali diperkenalkan di Asia ini dibawakan kepada anda oleh pengeluar dan pengedar minyak pelincir Shell Helix iaitu Shell Lubricants Malaysia yang menjainkan kerjasama dengan Waze untuk tujuan ini.

Kerjasama di antara kedua-dua jenama global ini bertujuan untuk menjadikan jalanraya lebih selamat bagi para pemandu terutama sekali sepanjang musim Ramadan dan Aidilfitri yang bakal menjelang ini.

Shell_Helix_Waze_Raya_Promotion_Screenshots

Mulai 16 Mei lepas sehingga 15 Julai 2017 ini, peringatan khas daripada Shell Helix akan muncul di paparan Waze untuk mengingatkan pemandu supaya lebih berhati-hati apabila mereka menghampiri 50 kawasan yang kerap berlaku kemalangan di Semenanjung Malaysia. Lokasi-lokasi tersebut telah dikenal pasti berdasarkan data sejarah makluman kemalangan yang dihantar oleh pengguna Waze. Peringatan ini bertujuan untuk memaklumkan para pemandu, terutamanya ketika tempoh sesak iaitu pada permulaan Ramadan; ketika dan selepas Aidilfitri.

Namun begitu anda tidak perlu risau ia nya menjadi satu gangguan, kerana pesanan itu hanya akan dipaparkan sewaktu kereta anda berhenti sepenuhnya untuk mengelakkan daripada mengganggu tumpuan pemandu.

Shell_Helix_Waze_Accident-prone_Spot_Alert_Screenshot

Sebelum bermulanya musim perayaan ini, Shell Helix juga akan mengadakan promosi istimewa penukaran minyak untuk para pengguna Waze serta orang ramai yang menyaksikan video Aidilfitrinya di YouTube atau Facebook yang bertujuan mengingatkan pemilik kereta untuk menjalankan servis kereta sebelum memulakan perjalanan ‘balik kampung’ yang lebih lancar.

Dengan menunjukkan kod promo unik yang akan dipaparkan di aplikasi Waze dan juga di video tersebut, pemilik kereta akan dapat menikmati potongan sehingga RM30 bila mereka membawa kereta mereka untuk servis penukaran minyak di bengkel-bengkel berjenama Shell Helix dan cawangan servis Lubebay di stesen minyak Shell yang mengambil bahagian.

Pengurus Pemasaran Shell Lubricants Malaysia dan Singapura, Alex Lim berkata bahawa Shell berhasrat untuk membawa amalan keselamatan jalanrayanya ke tahap yang lebih tinggi menerusi kerjasama pintar dengan Waze ini untuk mengurangkan kebimbangan di kalangan para pemandu semasa menggunakan jalanraya.

“Shell Malaysia sudah sinonim dengan pelbagai inisiatif keselamatan jalanraya sepanjang lebih 125 tahun kami di Malaysia. Kerjasama dengan Waze ini melambangkan hasrat kami untuk membawa komitmen kami terhadap keselamatan jalanraya ke peringkat yang seterusnya dengan berhubung dengan para pemandu dalam masa nyata,” katanya.

Pengurus Perniagaan Waze Malaysia Edward Ling menyatakan bahawa amaran kawasan kerap kemalangan tersebut adalah kombinasi unik dua ciri dalam Waze – analisis data besar, yang dijana dari komuniti pengguna jalanraya, dan ciri penempatan iklan.

“Dengan menggunakan data dari maklumbalas awam atau crowdsourcing yang disumbangkan oleh pengguna Waze (Wazers), kami telah mengenal pasti lokasi-lokasi kemalangan utama yang mencerminkan situasi sebenar jalanraya di Malaysia. Kami gembira kerana dapat bekerjasama dengan Shell Helix untuk melancarkan inisiatif ini yang mengingatkan para pemandu untuk memandu dengan lebih selamat. Dengan mengurangkan kemalangan, kami berharap ianya akan membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas dan ini membawa kebaikan kepada semua,” katanya.

Dilancarkan pada tahun 2014, produk utama Shell iaitu minyak motor sintetik sepenuhnya Shell Helix Ultra dengan Teknologi PurePlus merupakan minyak motor yang pertama dan satu-satunya yang membawa pembaharuan dengan teknologi gas-kepada-cecair yang menukar gas semulajadi kepada minyak asas yang ultra-bersih dan stabil.  Ini membolehkan Shell Helix Ultra memberikan tahap pembersihan dan perlindungan yang lebih baik, maksudnya tiada minyak motor lain yang dapat membuatkan enjin anda kekal bersih seolah-olah baru dibawa dari kilang. Selain mengekalkan kebersihan enjin, Shell Helix Ultra juga membantu menyingkirkan enap cemar yang ditinggalkan oleh minyak motor yang kurang bermutu dan memberikan perlindungan yang lebih baik dari kehausan dan kakisan yang seterusnya dapat memanjangkan jangka hayat enjin dan mengurangkan kos penyenggaraan.

Pada tahun 2016, Shell Helix melancarkan program waranti enjin yang pertama di Malaysia, iaitu Waranti Enjin Shell Helix (S.H.E.W). Program ini meliputi kos pembaikan atau penggantian 15 komponen enjin yang mungkin mengalami kerosakan sekiranya telah dipastikan bahawa minyak motor Shell Helix gagal untuk memberikan pelinciran dan perlindungan yang sepatutnya. S.H.E.W. yang diberi secara percuma kepada pengguna Shell Helix, boleh didapati oleh kenderaan penumpang persendirian yang didaftarkan untuk beroperasi dalam Malaysia, yang berusia lapan tahun atau kurang. Baru-baru ini, Shell Helix telah meningkatkan lagi rangkuman bagi program itu kepada kereta yang mempunyai  jarak perbatuan 150,000 km atau kurang.

Untuk maklumat lanjut mengenai barisan minyak enjin Shell Helix dan maklumat mengenai promosi musim perayaan yang akan datang, sila layari www.shell.com.my/helixraya.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia akan dimuatnaik ke aplikasi Waze dalam mingu-minggu mendatang.   1. Amaran awal agar anda tak…
Informasi
Perkembangan terkini, Google berkongsi menyatakan Waze kelak akan memaklumkan berkenaan beberapa…
Berita Domestik
  "Orang ramai berpendapat dengan memaparkan keberadaan pihak polis, pemandu akan lebih cenderung…