Waze Beacon - bantu penggunaan navigasi bawah tanah TRX

oleh Mohamad Hanif|
Bagi mereka yang biasa menggunakan aplikasi navigasi sudah tentu biasa dengan situasi ketiadaan signal GPS bagi membantu anda bergerak terutama ketika melalui jalan bawah tanah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Antara langkah terbaharu yang diambil oleh Waze adalah memperkenalkan penggunaan peranti berasaskan Bluetooth yang dinamakan sebagai Waze Beacon yang akan dipasang di sepanjang laluan bawah tanah menuju kawasan parkir di Tun Razak Exchange (TRX). 

Menerusi kerjasama dengan TRX City Sdn Bhd, program ini merupakan yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara bertujuan untuk menambah baik sistem navigasi terutama di kawasan di mana penerimaan isyarat GPS adalah tidak begitu bagus. 

Dengan adanya penggunaan Waze Beacon ini, ia sekaligus membantu meningkatkan keselamatan pemandu, serta memberikan paparan trafik secara langsung terutama di kawasan bawah tanah TRX.

 


Waze Beacons, yang dipasang dan dimiliki TRX City, tidak mengumpul sebarang data dan ia berfungsi melalui pancaran isyarat yang membantu navigasi aplikasi termasuk Waze, menjadikan pemanduan lebih mudah di laluan bawah tanah yang dipenuhi pelbagai laluan keluar dan bulatan jalan ketika sambungan lemah di samping mencegah kekeliruan trafik dan kesesakan.

Isyarat-isyarat ini boleh digunakan oleh semua pembina yang ingin memudahkan dan menjadikan pemanduan sekitar TRX lebih selamat. 

Usaha sama Waze dan TRX telah memastikan pemasangan peranti-peranti ini di sekitar kawasan Bawah Tanah 2 dan 3 TRX, yang mana terdapatnya 3 ke 21 titik keputusan menghala ke ruang letak kereta dan pelbagai jalan serta lebuh raya yang bersambung.

Pemasangan ini dijangka akan turut digunakan projek skala perintis bahagian-bahagian lain Kuala Lumpur.

Waze Beacons telah dilancarkan pada tahun 2016, dan telah berkembang dengan jayanya di negara-negara seperti Amerika Syarikat, Brazil, Perancis, Itali, Australia, Norway dan Republik Czech dengan meliputi sejumlah 260 kilometer kawasan terowong dan laluan dunia. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia akan dimuatnaik ke aplikasi Waze dalam mingu-minggu mendatang.   1. Amaran awal agar anda tak…
Informasi
Perkembangan terkini, Google berkongsi menyatakan Waze kelak akan memaklumkan berkenaan beberapa…
Berita Domestik
  "Orang ramai berpendapat dengan memaparkan keberadaan pihak polis, pemandu akan lebih cenderung…