Waze bantu cari jalan 'sedap' untuk pemilik VW GTI

oleh Muhammad Md Tajudin|
Mereka yang gemarkan pemanduan kebiasaannya tahu jalan yang 'sedap' untuk dilalui. Bukan hendak membawa laju tetapi cukup sekadar menikmati pandangan sambil mengambil angin.

Dapat pegang stereng, hirup udara sepanjang laluan sambil melayan lagu kegemaran.

Sedap juga bermaksud seseorang pemandu tahu selok belok jalan yang dilaluinya, setiap lopak, bonggolan, darjah selekoh dan lokasi untuk brek atau perlahan.

Inilah nikmat memandu yang kadang-kala sukar untuk diterjemahkan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Waze bantu cari jalan 'sedap' untuk pemilik VW GTI

 

Laluan seperti ini biasanya dikongi daripada rakan atau melalui pengalaman penerokaan sendiri.

Nampaknya terdapat satu lagi sumber untuk meneroka jalan yang seronok dilalui. 

Volkswagen dan aplikasi Waze kini bekerjasama dalam memberikan panduan kepada pemilik varian GTI iaitu up!, Polo dan Golf mengenai laluan yang seronok dipandu di United Kingdom.

Program yang dipanggil GTI Superdrives ini mempunyai 75 laluan terbaik di UK dengan data yang dicerap daripada pemanduan dan juga dua juta pengguna Waze dan fungsi Map Editors.

 

Waze bantu cari jalan 'sedap' untuk pemilik VW GTI

 

Laluan ini hanya akan dikongsikan dalam waktu terhad sahaja iaitu pada penghujung musim panas. 

Laluan GTI Superdrives dipilih oleh saintis data Waze selepas membuat analisa dan ranking berdasarkan beberapa faktor.

Di antaranya ialah pemandangan cantik, hampir kepada tempat menarik (points of interest), keadaan pemanduan yang baik seperti selekoh menarik, trafik rendah dan laporan kemalangan rendah.

Data tersebut diperiksa secara silang oleh sukarelawan dari serata UK melalui fungsi Waze Map Editors.

 

Waze bantu cari jalan 'sedap' untuk pemilik VW GTI

 

Ini adalah kali pertama Waze menganalisis datanya untuk mengenal pasti jalan raya yang sesuai dengan karakter pemanduan VW GTI.

Untuk menggunakan fungsi ini, pengguna hanya perlu mencari logo GTI di mana aplikasi akan memaparkan papan tanda jalan raya yang terkenal di UK untuk destinasi pelancongan.

Apabila pengguna berada dalam jarak 19 km dari laluan GTI Superdrive, mereka boleh memilih fungsi yang dipaparkan bagi menerima arahan untuk ke laluan tersebut.

Jika tidak memandu, pengguna dapat mengetahui lebih lanjut tentang laluan dan rankingnya berbanding laluan lain.

 

Waze bantu cari jalan 'sedap' untuk pemilik VW GTI

 

Sebaik sahaja pengguna memilih lokasi GTI Superdrive yang hendak diteroka, Waze akan memaparkan laluan untuk destinasi tersebut.

Walaupun program ini adalah kerjasama dengan VW tidak bermakna pemandu kenderaan jenama lain terhalang untuk menggunakannya.

Sesiapa sahaja boleh menggunakannya cuma ia lebih sedap diteroka menggunakan varian GTI daripada Volkswagen.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Uncategorized
  Pelanggan ditawarkan dua jenis bateri iaitu 79 kilowatt-jam (kWj) atau 86 kWj. Dari segi…
Berita Global
   Volkswagen ID.3 GTX Hatchback elektrik ini ditawarkan di dalam dua varian iaitu ID.3 GTX dan…