Waze bakal memaparkan kadar tambang tol di dalam aplikasi

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada aplikasi Google Maps yang selalu berguna tatkala memasuki kawasan bandar yang berselirat dengan laluan yang bersimpang siur, penggunaan Waze juga amat diperlukan untuk mengetahui kamera perangkap kelajuan dan kamera lampu isyarat merah.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Namun adakalanya jalan alternatif yang kerap dicadangkan itu mempunyai dua tiga buah plaza tol dan sangat menggusarkan sekiranya anda mempunyai baki yang cukup-cukup dan tiada masa untuk menambah nilai di stesen minyak kerana sibuk membeli minuman teh bobba. 

Kini, Waze telah menambah sebuah lagi ciri baharu di dalam aplikasi navigasi pemetaan itu dengan memaparkan kos tambang tol sekiranya laluan yang dipaparkan tersebut perlu menggunakan lebuhraya. 
 


Menurut Waze, ia akan berfungsi terlebih dahulu di Amerika Syarikat dan Kanada sebelum ia diperluaskan kepada negara-negara yang mempunyai banyak tol, seperti Malaysia.

Dengan ciri baharu ini, Waze akan mengkhususkan bayaran tol yang perlu anda sediakan untuk laluan tersebut dan terpulanglah kepada anda untuk menunggu sehingga kerajaan memansuhkan bayaran tol. 

Sumber: 9to5 Google

Berita Berkenaan

Informasi
Perkembangan terkini, Google berkongsi menyatakan Waze kelak akan memaklumkan berkenaan beberapa…
Berita Domestik
  "Orang ramai berpendapat dengan memaparkan keberadaan pihak polis, pemandu akan lebih cenderung…
Berita Domestik
Menurut laporan Kosmo, remaja itu dikatakan sesat kerana mengikut aplikasi peta Waze untuk pulang…