Wayar kolum stereng terlalu pendek, hampir 20k Ford F-150 dipanggil semula

oleh Mohamad Hanif|
Ford baru-baru ini mengumumkan kempen panggil semula melibatkan hampir 20,000 unit trak pikap Ford F-150.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Ini kerana menurut Ford, kesemua trak pikap yang terjejas itu mengalami risiko wayar kolum stereng terputus, disebabkan sistem pendawaian yang dipasang pada bahagian tersebut terlalu pendek.

Ini bermakna, sekiranya pemandu membuat larasan tilt/telescopic yang terlalu jauh daripada panel papan pemuka, wayar pada kolum stereng itu berisiko untuk terputus, dan roda stereng berkemungkinan besar akan tersekat pada kedudukan larasan terakhir.

Secara keseluruhan, 19,175 buah trak pikap Ford F-150 terkesan dengan isu ini, dan Ford menjangkakan 45 peratus daripada jumlah tersebut memerlukan penggantian sistem pendawaian serba baharu.

Biarpun masih lagi mengekalkan takhta sebagai trak pikap paling popular, F-150 juga turut berdepan dengan beberapa masalah sepanjang tahun 2022.

Sebelum ini, Ford telah memanggil beberapa unit F-Series disebabkan oleh komponen penyeka kaca yang longgar dan mungkin tercabut semasa digunakan, dan pada penghujung Mac lalu, hampir 50,000 unit F-150 dipanggil semula disebabkan masalah transmisi yang akan menukar posisi gear ke Neutral semasa pemanduan dibuat.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Serentak dengan itu, Ford juga turut mengumumkan RMA Automotive sebagai syarikat sah yang akan…
Berita Global
Sejak nama tersebut diwujudkan pada tahun 1948, Ford F-Series telah berjaya dihasilkan sebanyak 14…
Berita Global
Namun, Baja juga boleh dirujuk sebagai trak camper yang dihasilkan oleh sebuah syarikat yang…