Warna baharu untuk Honda CB250R, Honda CRF250 RALLY

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Boon Siew Honda Sdn Bhd hari ini membawakan kemaskini penawaran warna baharu kepada dua buah model di dalam kelas suku liter, iaitu Honda CB250R dan CRF250 RALLY. 
 


Sebagai sebuah model terkecil dalam kategori Neo Sports Cafe, Honda CB250R yang telah dilancarkan pada tahun lalu kini menerima sambutan yang hangat di pasaran. 

Tiga warna pilihan ditawarkan iaitu Candy Chromosphere Red yang hadir dengan kemasan rim gangsa, warna Graphic Black dan Mat Crypton Silver Metallic (warna baharu). 

Harga jualan pula bermula dari RM22,999 untuk warna Graphic Black dan Mat Crypton Silver Metallic, manakala warna Candy Chromosphere Red pula sedikit mahal, RM23,499.
 


Jentera dual-sport Honda CRF250 RALLY pula kini didatangkan dengan kemasan grafik baharu daripada model CRF450 RALLY Dakar, dan warna Extreme Red untuk penampilan yang lebih agresif serta warna hitam yang elegan. 

Harga jualan bagi Honda CRF250 RALLY pula bermula dari RM26,999. 

Kesemua harga diatas adalah tidak termasuk cukai jalan, insurans serta yuran yang berkaitan.  
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pilihan warna edisi terhad yang lebih menawan cerah akan tersedia secara eksklusif pada TIGGO 8 PRO…
Berita Domestik
Warna baharu itu boleh didapati di semua pengedar Honda sah seluruh negara bermula esok, 22…
Pelancaran Motosikal
Yamaha TMax Tech Max 2024 baharu akan didatangkan dengan dua pilihan varian warna baharu iaitu…