Waris pengasas Red Bull langgar lari seorang anggota polis hingga maut akan disiasat semula

oleh SALINA JALIL|
Perdana Menteri Thailand Jeneral Prayuth Chan o-cha semalam mengarahkan supaya siasatan dijalankan mengenai kenapa kes langgar lari dan kemalangan maut pada 2012 membabitkan cucu jutawan syarikat pengeluar minuman tenaga Red Bull, digugurkan.


Vorayuth Yoovidhya, cucu mendiang Chaleo Yoovidhya - pengasas bersama Red Bull - dituduh merempuh seorang pegawai polis ketika memandu Ferrari hitamnya pada 2012.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Bagaimanapun, minggu lalu, media melaporkan tuduhan ke atas Vorayuth - termasuk memandu laju, langgar lari dan cuai ketika memandu sehingga menyebabkan kematian - digugurkan.

 

Prayuth berkata, panel khas akan menjalankan siasatan untuk mencari fakta mengenai keputusan pendakwa untuk menggugurkan tuduhan terhadap Vorayuth, yang juga dikenali dengan gelaran 'Boss'.

 

Beliau mengulangi pendirian kerajaan yang tidak akan campur tangan dalam proses kehakiman negara.

 

"Keadilan harus wujud untuk semua orang," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet mingguan semalam.

 

Minggu lalu, media melaporkan Pejabat Peguam Negara pada Jun memutuskan untuk menggugurkan semua tuduhan terhadap Vorayuth, yang ketika kejadian berusia 28 tahun.

 

Beliau dituduh membunuh anggota polis Wichian Klanprasert, 47, pada 3 September 2012. Pejabat Polis Diraja kemudiannya bersetuju dengan keputusan itu.

 

 

 

- BERNAMA

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Jumlah kematian direkodkan adalah 134 kes berbanding 119 kes tahun sebelumnya, menunjukkan…
Berita Global
  Laporan dari TheGuardian, Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuh Raya Kebangsaan (NHTSA) kini…
Berita Domestik
Kejadian jam 7.40 pagi itu melibatkan kereta Perodua Myvi yang dipandu pasangan suami isteri…