Warganet nakal edit Bezza KFF2 jadi FF2

oleh Mohamad Hanif|
Gambar Perodua Bezza yang tular dengan nombor pendaftaran 'FF2' yang bernilai RM638,000 itu sebenarnya merupakan gambar suntingan daripada nombor asal KFF 2.

BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Zailani Hashim berdasarkan laporan Harian Metro, baru-baru ini.

Jelasnya, semakan mendapati nombor pendaftaran tersebut telah disunting oleh warganet, sekaligus mengubah nombor asalnya.

"Secara amnya, JPJ tiada isu jika nombor pendaftaran FF 2 didaftarkan pada mana-mana kenderaan, sekali pun pada motosikal.

"Sebab, pihak kerajaan/JPJ sudah menerima sejumlah bayaran oleh pembida yang berjaya semasa sesi bidaan (dalam talian @JPJebid), untuk nombor berkenaan.

"Bagaimanapun, situasi adalah berbeza jika setelah siasatan pihak jabatan mendapati bahawa wujud modifikasi kepada nombor pendaftaran daripada KFF 2 kepada FF 2," katanya kepada Harian Metro.

Zailani berkata, jika terbukti berlaku kesalahan modifikasi nombor pendaftaran, tindakan penguatkuasaan boleh diambil atas kesalahan pemalsuan nombor plat kenderaan.

Katanya, siasatan boleh dibuat mengikut Seksyen 108(3)(e) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

Sumber: Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sedan Perodua Bezza masih lagi merupakan model terlaris di mana sebanyak 40,555 unit telah terjual…
Berita Domestik
Difahamkan, ia merupakan generasi baharu Perodua Bezza bagi menggantikan model generasi pertama…
Berita Domestik
Berbanding jumlah 146,951 unit yang dicatatkan untuk tempoh yang sama tahun lalu, pendaftaran…