Warga UK habiskan RM8.09 billion setahun untuk parkir sahaja!

oleh Mohamad Hanif|
Satu kajian yang mengejutkan oleh Skoda mendedahkan kos parkir untuk setahun di UK sebenarnya mampu mencecah £1.5 billion setahun!

Adakah ia disebabkan saman parkir? Adakah jumlah tersebut merupakan kos parkir yang semakin mahal?

Nampaknya, tidak kerana menurut Skoda, ia adalah kos yang perlu ditanggung oleh warga UK kesan daripada insiden yang berlaku di kawasan parkir.

Daripada 2,000 orang pengguna jalan raya di UK, Skoda mendapati 11 peratus daripada mereka akan mengalami kemalangan/kerosakan terhadap kenderaan untuk tempoh setahun yang lalu. 

Malah, 40 peratus daripada pihak yang ditemui mengakui mereka mengalami insiden pelanggaran tiang lampu, pokok dan juga pembahagi jalan, dengan bil purata dicatatkan pada angka £396 (RM2,137).

 


Secara purata, 4 daripada 10 pemandu mengakui mereka menghentam kenderaan lain dengan pintu kereta ketika keluar, dan akan mengalami insiden geseran tayar di bucu jalan dua kali dalam setahun. 

Walaupun nampak teruk, akan tetapi tahap keyakinan pemandu UK nampaknya masih tinggi, dengan 73 peratus mengakui mereka masih mempunyai skil parkir yang cemerlang. 

Menurut wakil Skoda, "tatkala ramai orang masih yakin dengan keupayaan mereka, angka kajian pula menunjukkan statistik sebaliknya, di mana mereka terpaksa membelanjakan lebih banyak wang untuk memperbaiki kenderaan mereka.

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam satu hantaran di laman media sosial Twitter, Aston Martin Works (@AstonMartinWork)…
Berita Global
Honda Integra DC2 Type R diperkenalkan pada tahun 1995, dua tahun selepas pelancaran rasmi model…
Berita Global
Di United Kingdom (UK), seorang pemandu telah ditahan pasukan polis kerana sanggup menyorokkan…