Warga UK akan dibayar untuk guna tenaga elektrik bersih!

oleh Mohamad Hanif|
Buat pertama kalinya, ribuan isi rumah di Britain akan dibayar untuk menggunakan sumber tenaga elektrik yang bersih pada waktu siang disebabkan berlakunya lonjakan sumber tenaga bersih yang dihasilkan kesan daripada perintah kawalan pergerakan yang dilaksanakan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Di UK, tenaga angin menyumbang kepada hampir 40 peratus kepada sumber kuasa elektrik, manakala tenaga solar pula menghampiri satu perlima daripada keseluruhan sistem janakuasa.

Manakala, bahan api fosil pula hanya sekadar menyumbang 15 peratus daripada tenaga elektrik yang disalurkan.

Permintaan terhadap tenaga elektrik mencatatkan penurunan yang mendadak disebabkan penutupan restoran, syarikat dan kilang di seluruh negara, menjadikan harga tarif elektrik menjadi antara yang terendah dalam masa 10 tahun.

Ini memaksa kerajaan UK 'membayar' isi rumah untuk menggunakan tenaga elektrik tersebut pada hari Ahad, disebabkan cuaca masa kini dilihat mampu untuk menjana tenaga yang mencukupi untuk memenuhi keperluan yang rendah.

Efek harga elektrik negatif ini sebenarnya hanya pernah berlaku pada waktu malam, di mana tahap permintaan terhadap tenaga elektrik adalah pada paras yang terendah, namun disebabkan impak coronavirus dan keadaan cuaca yang sangat baik, ini memungkinkan sesetengah isi rumah mampu menjana pendapatan sendiri ketika menggunakan elektrik pada siang hari.

Menurut tarif yang ditetapkan, setiap isi rumah akan dibayar 0.22p-3.3p untuk setiap kWh (RM0.012 - RM0.17) untuk memanfaatkan tenaga bersih tersebut bermula dari jam 11 pagi sehingga 4 petang.


Sumber: The Guardian