Warga Singapura tukar nombor pendaftaran kaburi kamera pengesan kelajuan

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Seorang warga Singapura dikesan menukar nombor pendaftaran kenderaan jenis BMW 320i milik beliau ketika sedang mengisi minyak di Malaysia. 

Menurut data yang diperoleh daripada laman rasmi Facebook SG Road Vigilante, nombor pendaftaran palsu tersebut sebenarnya didaftarkan kepada sebuah kereta jenis Hyundai Elantra. 

Penukaran nombor pendaftaran dipercayai untuk mengaburi kamera pengesan kelajuan di sepanjang Lebuhraya Utara Selatan. 
 


Semakan ringkas turut dilakukan menerusi aplikasi MyEG mendapati kereta BMW 320i yang beliau pandu itu sudah pun memperoleh saman perangkap halaju pada pagi 18 Mei 2019.

Lelaki warga Singapura itu telah menerima saman atas kesalahan yang sama pada tahun 2017 mengikut nombor pendaftaran asal kenderaan tersebut. 

Laman rasmi Facebook SG Road Vigilante turut menyeru pihak pemilik kenderaan Hyundai Elantra tersebut supaya membuat laporan sama ada kepada pihak polis Singapura mahupun Malaysia. 
 


Ini merupakan antara sebab utama kenapa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mahu mengenakan sekatan terhadap mana-mana kenderaan bernombor pendaftaran Singapura daripada memasuki sempadan yang didapati tidak menyelesaikan saman tertunggak. 

Ia adalah langkah yang diambil memandangkan pihak kerajaan Singapura telah mengenakan sekatan yang sama bagi mana-mana kenderaan yang tidak menjelaskan denda dan saman yang masih belum dilunaskan. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia termasuklah dari apa yang kita lakukan di atas jalan raya, di mana kita perlu berkongsi antara…
Berita Global
Kamera lampu merah yang ditempatkan di simpang jalan raya terpilih akan digunakan untuk mengesan…
Informasi
  Dalam satu kenyataan, ICA berkata pengembara juga memerlukan pasport mereka untuk pengesahan…