Warga Pulau Pinang memenangi Perodua Bezza dalam peraduan "Test Drive and Win”

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Siapa sangka sesi ujipandu Perodua bertukar menjadi impian yang menjadi kenyataan? 16-Bezza gear Up!-18 Bagi Law Soon Hee, 26, beliau amat beruntung kerana menjadi pemenang sebuah Perodua Bezza didalam peraduan SMS “Test Drive and Win” anjuran Perodua, berlangsung dari bulan Oktober ke Disember tahun lepas. Law telah menerima model Bezza 1.3L Advance yang dimenanginya di karnival MYPerodua Nation, yang berlangsung di Shah Alam pada 20-22 Januari 2017. EMY_0230 “Tahniah pada Encik Law dan 15,000 lagi pelanggan lain kerana menyertai peraduan ini; kami berharap kemenangan Perodua Bezza akan memudahkan beliau pada musim cuti poerayaan Tahun Baru Cina yang akan menjelang nanti,” kata Dato’ Dr. Zahari Husin, Pengarah Urusan Bahagian Penjualan Perodua Sdn Bhd di majlis pembukaan MYPerodua Nation Carnival. Peraduan “Test Drive and Win” memerlukan penyerta untuk menguji pandu dan menjawab soalan jika ingin memenangi hadiah-hadiah menarik. EMY_0283 Hadiah utama adalah Perodua Bezza 1.3L Advance (termasuk aksesori GearUp lengkap) sementara percutian 5-hari, 5-malam menunggu peserta-peserta lain. “Kami mengalu-alukan semua untuk datang ke MYPerodua Nation, dan pada rakan-rakan berbangsa Cina, kami ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru,” kata Dato’ Dr. Zahari.