WARGA PARIS SETUJU NAIKKAN CAJ PARKIR 3 KALI GANDA UNTUK KERETA BERAT!

oleh Firdaus Razani|
Biasanya sebagai pemandu kereta, apabila parkir di mana-mana kawasan yang perlu bayar kupon parkir, ia hanya mengira pada berapa jam kita meletak kereta di kawasan tersebut.

Namun, baru-baru ini warga Paris mengadakan undian untuk mengenakan kos parkir yang tinggi dengan sebanyak tiga kali ganda terhadap kereta yang berat.

Kenapa mereka berbuat sedimikian? bukankah kalau dengan hanya meletak kereta untuk beberapa waktu sahaja baru dicaj?

 

paris

 

Perkara tersebut adalah bertujuan dalam menjadikan salah satu langkah untuk mengatasi peningkatan kenderaan SUV di jalan raya ibu kota Perancis tersebut.

Bagi kereta petrol, diesel dan hibrid yang mempunyai berat lebih daripada 1600kg dan kereta elektrik yang beratnya melebihi 2000kg akan dikenakan kadar yang jauh lebih tinggi untuk tempat letak kereta.

Pemandu akan dikenakan bayaran €18 (RM91.90) sejam untuk meletak kenderaan di pusat bandar dan €12 (RM61.27) untuk meletak kenderaan di tempat lain dalam had bandar.

 

paris

 

Walaupun ia bertujuan untuk mengatasi lambakan SUV di bandar itu, namun ia turut menjejaskan banyak kereta lain seperti saloon dan coupé.

Selain itu, untuk kereta plug-in hibrid yang boleh bergerak dengan kadar pelepasan karbon yang sedikit untuk jarak dekat turut terkesan dengan peraturan baharu itu.

Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo memuji undian itu sebagai "pilihan yang jelas" oleh penduduk bandar itu, walaupun hanya mencatatkan 54.6 peratus undi menyokong berbanding peratusan keluar mengundi sebanyak 5.7 peratus.

Menurut beliau, kenaikan tarif tersebut akan menjadi “satu bentuk keadilan sosial”.

Beliau dipetik dalam satu kenyataan oleh The Guardian, "Ini mengenai kereta yang sangat mahal, dipandu oleh orang yang hari ini masih belum membuat perubahan pada tingkah laku mereka yang perlu dibuat [untuk iklim]."

Timbalan Datuk Bandar David Belliard turut menambah sebagai sokongan bahawa langkah tersebut adalah "akan ditujukan kepada orang kaya".

 

paris

 

Namun begitu, terdapat beberapa golongan yang tidak akan terjejas dengan kenaikan kadar tersebut antaranya adalah penduduk Paris yang mempunyai beberapa kos hartanah tertinggi di Eropah yang dilaporkan oleh Bloomberg pada Julai 2023.

Selain itu, kenderaan komersial seperti teksi dan kereta golongan orang kurang upaya akan terkecuali daripada kenaikan kadar tempat letak kereta tersebut.

Selain Paris, Datuk Bandar London, Sadiq Khan turut mempertimbangkan untuk meniru surcaj tersebut untuk kereta berat di Kota London.

"Jika bandar lain melakukan perkara yang berkesan, kami akan menyalinnya," kata Khan.

Caj tempat letak kereta yang meningkat di Paris untuk kenderaan berat ditimbulkan sebagai sebahagian daripada perang terhadap SUV, dan kebanyakan laporan media telah menggelarnya sebagai cukai ke atas 4x4.

Kalau di Malaysia buat begini, adakah ia bakal menyelesaikan kesesakan lalu lintas di bandar atau lambakan kereta di sesuatu kawasan tumpuan?

 

SUMBER : Autocar

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan The Guardian, inisiatif tersebut telah pun diluluskan oleh Ahli Majlis Perbandaran…
Berita Global
  Ia sekaligus memberi tamparan hebat kepada pengendali skuter, selain kemenangan besar bagi…
Berita Global
  Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Jerman Volocopter, Dirk Hoke, berkata dalam tempoh 18 bulan…