Warga emas meninggal dunia ketika tunggu giliran di JPJ

oleh SALINA JALIL|
gambar ehsan pembaca
Seorang lelaki warga emas meninggal dunia di kerusi ruang menunggu kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) cawangan Bangi, Seksyen 7 Bandar Baru Bangi dekat sini, pagi tadi.


Polis menerima satu laporan pada jam 10.21 pagi berkenaan seorang lelaki tempatan tidak sedarkan diri di kerusi tempat menunggu jabatan berkenaan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, berkata susulan itu, sebuah ambulans bersama petugas perubatan bergegas ke tempat kejadian untuk memeriksa keadaan mangsa.

 

"Bagaimanapun, mangsa yang berusia 76 tahun disahkan sudah meninggal dunia dan mayatnya kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Kajang untuk tindakan lanjut.

 

"Buat masa ini kematian mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan masih dijalankan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

 

Katanya lagi, orang orang yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kes ini boleh menghubungi pegawai penyiasat, Sarjan Ariffin ditalian03-89114222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

 

Sementara itu, tular di media sosial hari ini beberapa gambar dan video berhubung kejadian itu.

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Global
CEO Ford, Jim Farley dalam satu ciapan menyebut: "Peter merupakan seorang pemimpin reka bentuk yang…
Berita Global
Toyoda yang merupakan anak kepada pengasas Toyota Motor Corp dan bapa kepada Akio Toyoda menyertai…
Berita Global
Sepanjang kerjayanya, Materazzi telah menyertai pembangunan beberapa buah model ikonik daripada…