WARGA EMAS MAUT, LIMA CEDERA KEMALANGAN EMPAT KENDERAAN

oleh Penyumbang Rencana 2|
SEORANG warga emas maut, manakala lima lagi cedera dalam kemalangan melibatkan empat buah kenderaan di Jalan Gopeng – Kampar, hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Baharudin Tua, 89 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), mereka menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada 1.40 petang.

“Kemalangan melibatkan empat buah kenderaan berlanggar menyebabkan seorang mangsa terperangkap di dalam kereta Perodua Myvi manakala mangsa lain keluar dengan sendiri,” katanya.

kejadian di gopeng perak

Menurut jurucakap terbabit, empat kenderaan yang terlibat ialah Toyota Vellfire, Proton Saga, Perodua Myvi dan Produa Alza.

Katanya, mangsa yang maut menaiki Myvi manakala tiga lagi mangsa dalam kenderaan yang sama cedera.

Masing-masing seorang menaiki Saga serta Alza manakala lima yang menaiki Vellfire tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Kampar untuk tindakan selanjutnya.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Tarmizi Rasid tamat pada 2.29 petang.

 

 

Artikel oleh Hamimah Hamid dan Mohd UmzarulFaiz Umar