Warga emas maut, diserang sakit jantung semasa ekspedisi kenderaan pacuan empat roda (4WD)

oleh SALINA JALIL|
Seorang lelaki warga emas yang menyertai ekspedisi kenderaan pacuan empat roda (4WD) untuk ke Lata Bintang Hijau meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke kawasan rekreasi itu semalam.

Mangsa, Md. Roslan Shariff, 60, yang beralamat di Pandan Indah, Kuala Lumpur difahamkan tidak sedarkan diri ketika berada di hentian rehat dan rawat (R&R) kawasan tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Gerik, Najmi Mohd Shah@Khalid berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 1.40 petang.

 

Katanya, setibanya jentera di lokasi kejadian, mangsa telah dibawa keluar ke jalan utama oleh peserta ekspedisi yang lain.

 

“Maklumat daripada pemanggil memberitahu terdapat seorang mangsa tidak sedarkan diri dan pegawai perubatan hospital telah mengesahkan mangsa meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan.

 

Difahamkan, jarak antara Lata Bintang Hijau ke R&R Bintang Hijau mengambil masa kira-kira dua jam perjalanan menaiki kenderaan pacuan empat roda.

 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood berkata, mangsa tidak sedarkan diri semasa sedang mengikuti konvoi lalu dibawa keluar ke jalan utama oleh peserta ekspedisi yang lain kira-kira pukul 1.30 petang.

 

Menurut beliau, mangsa dipercayai meninggal dunia kerana serangan jantung semasa dibawa ke kawasan R&R Bintang Hijau di Jalan Bintang Hijau-Gerik.

 

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. 

 

 

BH

Berita Berkenaan

Informasi
  Difahamkan, jenazah Allahyarham yang dilahirkan pada 6 Julai 1969 sudah dibawa pulang ke…