Warga emas mati dilanggar tayar lori sesat

oleh HEZERI SAMSURI|
Seorang warga emas berusia 64 tahun maut selepas dihentam oleh tayar lori yang tercabut.

Mangsa ketika itu sedang berjalan kaki di sepanjang jalan Batu 1, Jalan Segama di Lahad Batu, jam 10.30 pagi semalam ketika dilanggar oleh tayar lori yang tercabut.

Menurut OCPD Lahad Datu, Asst Comm Nasri Mansor, lelaki itu meninggal dunia di tempt kejadian kerana kecederaan di bahagian kepala.

Lori itu sedang membawa muatan buah sawit dari Sandakan ke Lahad Datu. Pemandunya, seorang warga Indonesia berusia 42 tahun sudah ditahan untuk soal siasat.

Kejadian tayar lori tercabut bukan satu benda yang baharu. Dalam tahun 2015, seorang guru meninggal dunia di tempat kejadian kerana kenderaanya dilanggar tayar lori bauksit yang tercabut.

* Imej utama cuma gambar hiasan

Add new comment

Berita Berkenaan

Informasi
Tayar yang terangkat itu sebenarnya disebabkan oleh gandar yang dinaikkan ke atas. Ia dipanggil "…
Berita Domestik
  Timbalan Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Superintendan Nik Aminuddin Raja Abdullah, berkata ketika…
Berita Global
Projek itu akan beroperasi secara bersendiri kerana Volvo dan Daimler adalahh dua pesaing besar di…