Warga emas didenda RM7,000 pandu tidak cermat

oleh SALINA JALIL|
Seorang lelaki warga emas didenda RM7,000 oleh Mahkamah Trafik di Kuala Lumpur semalam, kerana memandu kereta dengan tidak cermat sehingga menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang penunggang motosikal wanita, Januari tahun lalu.


Majistret, Muhamad Aizat Abdul Rahim memerintahkan Saw Peng Khoon, 68, yang mengaku bersalah terhadap pertuduhan dihadapinya menjalani hukuman penjara empat bulan jika gagal membayar denda itu. Dia membayar denda tersebut.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Berdasarkan kertas pertuduhan, Peng Khoon didakwa memandu kereta jenis Proton Saga tidak cermat dan perhatian sepatutnya atau tanpa pertimbangan yang munasabah terhadap orang yang menggunakan jalan sehingga menyebabkan kecederaan parah terhadap Siti Noor Hafiza Zainordin, 30, di Lebuhraya Besraya menghala ke Seri Kembangan di sini, jam 10 pagi, 26 Januari 2019.

 

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan denda maksimum RM10,000 dan hukuman penjara tidak melebihi 12 bulan.

 

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian mangsa menghentikan motosikalnya di lampu merah dilanggar dari arah belakang oleh tertuduh sehingga tercampak di atas bonet hadapan kereta berkenaan dan wanita itu mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

 

Terdahulu, lelaki itu yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan dia tidak lagi bekerja, selain menghidapi masalah kesihatan seperti sakit buah pinggang dan sakit jantung.

 

Pegawai Pendakwa Trafik Kuala Lumpur, Inspektor Abdullah Khazali memohon hukuman sewajar kerana perbuatan tertuduh menyebabkan kecederaan parah kepada mangsa

 

 

 

.– BERNAMA

Berita Berkenaan

Berita Global
Pada jam 1 pagi (waktu tempatan), polis menerima panggilan mengenai kenderaan yang memandu secara…
Berita Domestik
"Kita mengesan video tular memaparkan kejadian sebuah kereta Honda Civic berwarna kelabu dipandu…
Berita Domestik
Katanya, video berdurasi 60 saat itu menunjukkan sebuah kereta jenis Myvi warna kelabu dipandu…