Warga emas didenda RM6,000 memandu bawah pengaruh alkohol

oleh SALINA JALIL|
Seorang warga emas berusia 71 tahun didenda RM6,000 di Mahkamah Majistret di Port Dickson selepas mengaku salah memandu di bawah pengaruh alkohol pada 6 Jun lalu.


Tertuduh, Syed Mahmood Syed Nazimuddin, 71, membuat pengakuan bersalah itu di hadapan Majistret Siti Huzaifah Abdul Talib.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

Dia dituduh melakukan kesalahan itu pada 6 Jun lalu jam 11.05 malam ketika memandu sebuah kereta jenis Mercedes Benz dan ditahan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson dalam 'Op Mabuk' di Jalan Kampung Baru Si Rusa.

 

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang boleh didenda antara RM1,000 hingga RM6,000 atau penjara maksimum 12 bulan.

 

Mengikut kertas pertuduhan, ketika ditahan, ujian menunjukkan bacaan 211 miligram alkohol dalam 100 mililiter darah yang mana melebihi had ditetapkan 80 mg alkohol/100 mililiter darah.

 

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Hafizah Zainul Hashimi.

 

Tertuduh kemudiannya dibebaskan selepas membayar denda RM6,000 itu.

 

 

 

BH

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dia didakwa memandu kereta BMW dalam keadaan paras alkohol di dalam badannya melebihi had…
Berita Global
Menurut Rang Undang-undang Rumah “House Bill” 393, pemandu mabuk yang disabitkan dengan pembunuhan…
Berita Global
Difahamkan, kemalangan ngeri itu berlaku di Bellevue, Washington pada 30 September sekitar jam 4.00…