Warga emas beli Honda CBR selepas kira duit dalam guni

oleh Mohamad Hanif|
Seorang warga emas dilapor membeli motosikal jenis Honda CBR berwarna hitam selepas mengira wang simpanan beliau yang diletakkan di dalam sebuah guni.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Video klip yang dimuat naik menerusi akaun Instagram @pemalang.update memaparkan warga emas tersebut sedang mengira seguni wang yang disimpannya di Daerah Pekalongan, wilayah Jawa Tengah dan dikerumuni oleh orang ramai.

Difahamkan, jumlah wang yang terkumpul di dalam karung guni itu mencecah angka Rp 18 juta (RM5,388).

 


Pada penghujung video, warga emas tersebut dilihat menunggang motosikal CBR itu tanpa mengenakan baju dan hanya berkain pelekat sahaja.

Seorang pengguna Instagram memberikan komen, "Mantap 👍 karena orang tua itu pandai menyimpan uangnya untuk tabungan,beda dengan anak muda".

Sumber: Suara.com, IG pemalang.update

 

Berita Berkenaan

Informasi
Menurutnya, hasil siasatan mendapati lelaki terbabit mempunyai masalah kesihatan dan tidak lagi…
Berita Global
Pada jam 1 pagi (waktu tempatan), polis menerima panggilan mengenai kenderaan yang memandu secara…
Berita Domestik
"Kita mengesan video tular memaparkan kejadian sebuah kereta Honda Civic berwarna kelabu dipandu…