Warga Belarus berjalan kaki ditahan, rentas negeri tanpa kebenaran dan memaki polis

oleh SALINA JALIL|
Polis menahan seorang lelaki warga Belarus ketika cuba merentas negeri dari Sepang, Selangor menghala ke Port Dickson di Sekatan Jalan Raya (SJR) di Kilometer 26, Jalan Lukut - Sepang di Port Dickson petang semalam.


Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed, berkata ketika ditahan jam 2 petang, warga asing lelaki berusia 29 tahun itu cuba merentas negeri tanpa kebenaran dengan berjalan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Pegawai bertugas SJR kemudian mengeluarkan kompaun kepada suspek dan kemudian suspek tiba-tiba memarahi anggota polis dengan mengeluarkan kata-kata kesat dan bertindak agresif serta menghina dengan berkata 'You are stupid and blind police officer' (anda pegawai polis yang bodoh dan buta) kepada pegawai bertugas di SJR.

 

"Berikutan itu suspek ditangkap dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson untuk tindakan lanjut dan ini kes ketiga membabitkan warga asing yang dikompaun sepanjang Ops COVID-19 di daerah ini," katanya dalam satu kenyataan di sini.

 

Siasatan dijalankan mengikut seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

 

Sementara itu, Aidi Sham berkata, kes kedua membabitkan pemantauan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hari ini apabila sebuah premis kedai emas dalam bandar Port Dickson yang didapati tidak mematuhi PKPB dengan tiada amalan penjarakan sosial oleh pelanggan dalam premis itu.

 

"Pemerhatian yang dilakukan jam 2.15 petang mendapati ramai pelanggan berada dalam premis tanpa mematuhi SOP yang telah dikeluarkan oleh kerajaan. Pemilik premis di bawa ke Balai Polis Port Dickson dan sudah dikeluarkan kompaun," katanya.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Tinjauan Astro AWANI di Plaza Tol Jalan Duta mendapati trafik masuk ke Kuala Lumpur berjalan…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Hussin Zamora berkata, pasangan itu ditahan selepas…
Berita Domestik
  Katanya, tinjauan trafik di tujuh plaza tol utama pada hari berkenaan juga mendapati berlaku…