Warga Asing Tipu Nombor Plat Untuk Beli Diesel

oleh Qalif Latif|
Taktik licik seorang wanita warga Thailand untuk membeli diesel menggunakan nombor pendaftaran palsu akhirnya terbongkar apabila dia ditahan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah di Kuala Nerang pada 16 Ogos lalu.

Menurut Pengarah KPDN Kedah, Muhammad Nizam Jamaludin, kegiatan itu dikesan hasil aduan orang awam serta risikan anggota penguat kuasa KPDN Alor Setar.

Hasil pemantauan, sebuah pikap dikesan mengisi diesel di stesen minyak sebelum bergerak ke bahagian belakang premis. Pemeriksaan mendapati pemandunya menukar nombor pendaftaran tempatan yang disyaki palsu kepada nombor pendaftaran asal kenderaan iaitu nombor asing selepas selesai mengisi minyak,” katanya dalam satu kenyataan.

Pasukan penguat kuasa kemudian menyerbu kenderaan tersebut dan menemukan diesel yang disimpan dalam tangki ubah suai. Seorang wanita warga Thailand berusia 40-an turut ditahan untuk siasatan lanjut.

Siasatan ke atas stesen minyak berkenaan pula mendapati premis itu menjual 273 liter diesel dalam satu transaksi kepada kenderaan terbabit, sekali gus melanggar arahan Pengawal Bekalan mengenai had penjualan kepada kenderaan berdaftar tempatan.

Kertas siasatan turut dibuka terhadap stesen minyak itu. Pasukan serbuan menyita 273 liter diesel bernilai RM791.73, sebuah pikap Isuzu D-Max, resit belian serta dokumen perniagaan. Jumlah keseluruhan sitaan dianggarkan RM30,791.73,” jelas beliau.

Sumber: Berita Harian


 

Tags

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kerajaan akan meneruskan intervensi bersasar, termasuk mengekalkan bantuan BUDI MADANI Diesel…
Berita Domestik
Menurut beliau, hasil siasatan awal mendapati insiden berkenaan berlaku pada 13 Mei lalu kira-kira…
Berita Domestik
Timbalan Pengarah KPDN Kelantan, Aswadi Jaafar berkata, risikan dan pemantauan bersama Pasukan…