Wanita tidak pakai topi keledar laung takbir di sekatan jalan raya

oleh SALINA JALIL|
Tangkap layar memaparkan senario seorang wanita melaungkan takbir ketika bertemu polis di jalan raya. - Twitter
Tular sebuah klip video di media sosial Indonesia memaparkan aksi seorang wanita melaungkan takbir ketika berhadapan dengan seorang anggota polis dalam keadaan tidak memakai topi keledar, lapor laman berita Suara.com.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Video itu dimuat naik dalam akaun Twitter @Tita83079013.

 

Kelihatan seorang wanita memakai blazer berwarna khaki dan tudung merah jambu menunggang motosikal di hadapan seorang pegawai polis yang mengawal jalan.

 

Dia dilihat tidak memakai topi keledar semasa menunggang motosikal, manakala cermin sisi juga tidak dipasang.

 

Wanita itu melaungkan takbir ketika berhenti dengan menggenggam tangannya di hadapan polis itu.

 

Pegawai yang bertugas itu hanya memandangnya dengan meletakkan tangan di belakang. Dia kemudian mengangguk sebelum wanita itu beredar tanpa menoleh ke belakang.

 

Video berkenaan mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

 

“Senang tinggal catat nombor plat motosikal untuk bayar saman,” komen seorang netizen. 

 

 

Agensi

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, mangsa yang juga peniaga kemudian pulang kira-kira jam 4.45 petang ke bilik sewanya itu…
Berita Domestik
Ini merupakan satu berita baik di mana anda kini boleh mendapatkan topi keledar Gracshaw edisi…
Pelancaran
Seramai 100 orang pemilik pertama Shoei X-Fifteen telah dijemput menghadiri acara pratonton…